Wednesday, November 30, 2011

Katakan cin..cin..cinta

indahnya hidup bila kita dikelilingi dengan manusia yang penuh kasih sayang.

this song i dedicate to :

My family
You

and

All My Friends

that always be with me..

thank you Allah cause never let me alone..

3 words for them:

Wo ai ni

I Love You

Aku Cinta Pada Mu

Naan unnai kathalikaraen

Saranghaeyo

Aishiteru

<3


Wednesday, November 23, 2011

Congratulation and thank you!

aku nak wish
CONGRATULATION
to
Syakila and Ameerah Diana (midi)
for their first birth..
dua2 dapat baby boy..
baru semalam dengar midi mengadu mengenai kandungan dia time nak solat zohor
tiba2 hari ni dengar cerita dah beranak!
haha..
hebat2..
husband dua2 orang ni pon tengah blaja kat uia lagi
mantap la korg!
insyaAllah kami plan nak ziarah hari sabtu ni
sorang kat nilai, sorang lagi kat segambut
tu pon kalau sempat la..
hehe
pape pon,
kepada ummi and ibu..
selamat menjaga anak!
hehe

holala kawan2 aku dah dapat anak!
umur sebaya pulop tu!
dewasa dah aku rupanya..




aku nak wish
CONGRATULATION
to
kak Edy and kakak kepada atiqah (lupa namanya)
for their wedding this Saturday
kak Edy awal2 dah tempah aku jadi flower girl
comel sangat ke aku ni?
HAHA
pape pon, kenduri ni memang wajib datang!
lepas kenduri kat batu cave
kena berlari ke seremban and nilai pulak
haiyaa.. semua nak sumbat hari sabtu kan!
haha
pape pon,
celamat pengantin baru
moga berbahagia dengan suami tercinta ;)





aku nak wish
THANK YOU
to
those yang celebrate my birthday
yang bagi hadiah
ada bagi purse la skirt la
yang paling tak boleh blah
ada yang bagi surah yasin kat aku
bagus2!
memang mendebarkan aku la kan..
haishh..
pape pon,
thanx untuk kamu yang celebrate birthday saya kat tempat yang best
thanx to my family yang beli kek secret resepi besar gila sampai boleh makan seminggu
haha..
thanx to all yang wish ;)







p/s: congrate leya sebab dapat internship kat petronas jugak ;)

Thursday, November 17, 2011

Sejarah mungkin berulang =)

Hari ni detik bersejarah dalam keluarga aku berulang lagi.

17/11/11
Keputusan UPSR diumumkan.

Berbaloi rasa bila tahu result adik ku, Suraya Yasmin Ismail.
Penat lelah dalam membuat kelas extra untuk mu sungguh bernilai.
Penat lelah dalam memberi formula mathematic agar kamu melihat mathematic ini satu subjek yang mudah pon akhirnya berkesan.
Penat lelah mak and abah memarahimu dari menonton cerita korea jugak sangat bermakna.
Haha..

Tiba2 teringat kamu selalu tanya, " kak kinah agak2 aya dapat berapa A?"
Tapi dengan selamba aku menjawab," Satu A je kot".. haha

Sebenarnya itu hanya satu gimik..
tapi aku tahu kamu boleh lakukannya..
kamu dah berusaha dengan baik sehingga seminggu sebelum UPSR dpt kamu merasai stress nya.
itulah hadiah orang yang berusaha.
walhal kamu memang pandai dari dulu lagi!


Tahniah kerana telah mendapat 5A dalam UPSR.
dan Tahniah jugak kerana telah mendapat 9A dalam SPPM.
14A kalah budak SPM.
semua subjek dapat A. baagus!
nanti tunggu result SPM pulak.
nak tengok sape boleh pecah rekod kak kinah
hehe..



lepas ni kamu dah besar,
jangan perangai macam budak2 lagi!
be matured..
jangan gatai nak ada boyfriend coz thats really useless!
jaga pergaulan antara laki dan pempuan.
jangan banyak sangat kawan dengan lelaki, nanti harga nilai dirimu makin berkurang.
kak kinah doakan aya dapat jadi doktor pakar kanak2 as u wish.

Amin!
p/s: nanti ajak abah and mak pergi Korea! kinah nak ikut.. haha..

see u at home dear




Thursday, November 10, 2011

Jawapan untuk internship

tiba2 pulak nak cerita pasal praktikal training dalam entry ni kan!
haha.. actually ada kawan2 contact and tanya pasal praktikal training..
jadi untuk menyenangkan mereka, aku rasa better update dalam blog..
nah amek ko! baca sampai abis.. haha ;p

aku ni takde la hebat sangat dalam benda2 ni,
yela aku pon baru dapat tempat kan..
tapi apa yang aku nak syor kan untuk junior2ku,
silalah rajinkan diri untuk apply tempat2 best dengan syarat kelayakkan anda la kan.

kalau ikut pengalaman aku,
aku registerkan diri under job street.. ni atas nasihat lecturers and my seniors.
bukan sahaja berguna untuk for my practical but also for my future nanti..
kat dalam jobstreet.com tu macam2 keje ada!
senang pulak tu.. tiap2 hari dapat emel pasal keje kosong or intership in your inbox!
pastu kalau nak apply just klik je apply button nanti job street sendiri akan tolong hantar resume kita yang dah ada dalam akaun kita kat tempat kita nak tu..
hehe, semuanya dihujung jari je!

macam aku, aku lebih minat dalam audit.
aku just nak dapat chartered je, after dah dapat aku nak jadi apa jadi lah!
haha.. tak kisah la chartered dari MIA ke, ACCA ke, MICPA ke, as long as chartered accountant is concerned and qualified, i will try my best! insyaAllah ;)





however, kat dalam job street ni, bila kita dapat interview dari mana2 syarikat. YOU MUST READ THE PROCEDURES FIRST!
jangan jadi macam aku, gatai punya tangan nak apply mercedes-benz Sdn Bhd tiba2 dapat short listed for interview untuk internship, tiba2 aku tak pegi! haa.. kan tak pasai kena ceramah free dengan orang job street, nyaris kena black list kot ;(

overall, Alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku..
5 tempat praktikal aku apply, dan lima2 tempat tersebut memberi feedback positive..
bukan susah pon, just emelkan resume je..
antara tempat2 yang aku mintak: Petronas, Zul&Co. (audit firm), Aftaaz, Mercedes-Benz, and yang satu tu aku dah lupa nama company dia.. haha..

so bila dah ada pilihan, ni lah masanya untuk kita dekat kan diri kepada tuhan..
Istikarah tu penting ye kawan2..
aku ingat aku nak proceed with aftaaz, sebab time tu aftaaz is more convenient place for me..
dekat dengan uia, dapat elak dari jammed, ada kawan..
tapi, jenis aku ni selalu percaya yang pilihan family adalah lebih tepat.
family ofkos la suruh proceed with petronas..
eventhough dapat petronas kuantan (MTBE Sdn Bhd), jauh dari kawan, tapi Allah lebih mengetahui hikmahnya.

ada orang tanya kalau apply big 4 ok tak?
sangat2 ok dik! thats better choice kalau nak proceed with big 4..
cuma aku ni kalau boleh nak company je.. company yang tak preasure dengan keje.. hehe
i means, company yang ada sikit enjoy2, pegi bercuti, majlis2, events and etc. so tak terasa sangat preasure.. tapi tak tahu la kan petronas ni macam mana..
tanya pengalaman senior2 dia cakap takde preasure sangat.
wallahua'lam ;)

hopefully, entry ni dapat membantu korang2 yaw!
apa2 pon tanam dalam diri kita, bila kita bantu dan mudahkan keje orang, Allah akan bantu dan mudahkan keje kita. hehe.. sangat puas hati bila 2 orang kawan aku pon dapat petronas, and 2 orang lagi dapat audit firm and beberapa orang dapat aftaaz.
Dont say thanks to me, but say thanks to Allah ;)



Selamat Hari Raya Aidil 'Adha, maaf zahir batin ;)


Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Festival yang scary

dikala hati tak tenteram dan serabut dengan research paper...
tiba2 datang pulak mood nak update blog kan!
haha.. pempuan2~

sebelum tu aku nak wish kat adik aku ni ha..
dear Cahaya Kebaikan, congrats dapat dean list!
aiyaaa... still takleh potong ma..
kena tambah lagi 0.2 baru boleh setanding kak kinah!
(haha riak gila!)
time 1st year je kot boleh..
pastu hanyuuuttt~
ok keep moving girl!
nanti boleh apply scholar yang lagi best dari scholar kinah..
biar sakit dulu time awal2 ni, lepas dapat scholar ko nak tenang macam mana tenang la..
hahaha..


next....


nak comment pasal KL Festival City yang baru kt Danau/Semarak tu!
haha.. haishhh busy body betol aku ni...
ish2..
takde la busy body sangat tapi cuma pelik kenapa nak bukak mall tu sedangkan kat bahagian atas mall tu still dalam pembinaan..
ish2.. terkejut gak aku time sampai kat mall tu..
bahagian atas still dalam construction siap ada kenderaan apa ntah yang angkat2 konkrit kejadah..
huhu.. scary je nak shopping kat dalam tu..
overall memang diakui mall tu best gak..
banyak kedai makan, besar dari wangsa walk, dekat dengan uia pulak tu.
drive dalam 10-15min dah sampai..
tapi buat masa sekarang aku tak bagi sangat la korang pegi.
nanti construction dah siap korang overnight kat sana pon takpe.
kang tak pasal korang tengah tengok wayang tiba2 konkrit jatuh himpap korang..
auccchhh!
kalau student kira mati syahid, tapi kalau mati time tengok wayang tu kira mati katak namanya.
tapi aku tak halang korang nak pegi pon,
maybe pihak KL Festival lebih tahu kan..
aku ni memadai je, tengok dari luar memang la nampak macam mall tu tengah construction tapi sebenarnya bangunan sebelah mall tu yang construction (saje nak sedap hati).. haha
papehal korang pegi la tengok sendiri yerk!

ok cukup, aku mau sambung belajar!
study sampai lebam sebab next week dah nak pegi melancong!!
yeay (joget2~)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...