Wednesday, April 28, 2010
..(8_8)y...
Tuesday, April 27, 2010
~ kenali diriku ♥...
1:Banyak idea dalam perkara.
2: Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
3: Berfikiran kehadapan.
4: Berfikiran unik dan bijak.
5: Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
6: Pemikiran yang tajam.
7: Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
8: Sesuai jadi seorang doktor.
9: Cermat dan teliti.
10: Personaliti yang dinamik.
11: Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
12: Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
13: Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
14: Terlalu degil dan keras hati.
15: Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
16: Tak suka marah kecuali digugat.
Kajian Oleh:Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah
~ huhu.. 3 days left! bersalahnya (-_-")..
dear kakak ku sayang Nadrah Ismail,
sori sangat2 sebab dah kecewakan dirimu... kak nadrah mesti kecewa dengan saya sebab sanggup tinggalkan keje2 utk majlis kawen dia semata2 amek short sem.. huhu.. bukan xmo tolong tapi kalau x amek short sem nanti rugi pulak.. hohoho.. lagipon jap je balik UIA.. 3 hari je~ pastu janji cepat2 balik umah untuk tolong packing goodies k! hohoho..
ngeh3~
nnt mesti sedey tgk dia akad nikah nnt.. hohoho.. sape lg tempat utk ku mngadu kasih kalo dia dh kawen.. sob2.. sape nak teman saya drive nanti! sob2.. sape nak tolong saya kalau saya perlukan pertolongan nnt! sob2... sape nak nasihat saya nnt tyme saya nakal!! sob2.. sape nak belikan makanan kalau saya lapar nanti! sob2 (lebey2 lak!).. sedey nak lepaskan dia, tapi nak wat mcm mana sume org ada hidup sendiri.. termasuk diri kita~ (!_!)
xpe la, sume ni membuat saya lebih matang.. kepada bakal husband nya, tulun jaga kakak saya elok2!! kamu cederakan hati dia ckit je siap kamu!! argghhh.. hohoho~ c ya at home!!
~miss them badly!! rindu zaman bujang mereka~ hohoho!!
Perbezaan Semut Dengan Manusia
Semut pun menjawab : "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya : "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut : "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan : "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut : "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut : "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di 'interview' oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya : "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian : "Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.
Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil : "Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta, ilmu menjadi hakim, harta dihakimkan, harta berkurangan apabila dibelanjakan dan ilmu bertambah apabila dibelanjakan".
Sunday, April 25, 2010
~ 3rd year? hohoho..kecoh seyh!
tp bila fikir blk, camne leh jadi cmni ek? faculty salah rekod ke? kawan2 sy yg plan study sama pon x lepas lg.. hohoho.. tapi all this will become possible if kita amek subjek byk2 satu sem.. biasa la uia kan lain dari yg lain, sgt2 weird! hohoho.. setiap 30 credit hour yg kita dh amek akan naik 1 level..
skrg sy dh amek 61.5 credit hour, so level 3 dh la kan.. uia gombak x sama cm uia kuantan,, uia kuantan dia fix credit hour cam kt matrik uia dlu.. diorg dh ditetapkan subjek apa perlu amek sem ni.. tp kalo kt uia gombak, kita kne independent.. kita kne plan sendiri subjek apa nk amek, tp kalo subjek yg kita nak dh full vacancy, terpaksa la ubah plan.. hohoho! sabar je ek~
tp ni kira nasib gak.. (Alhamdulillah).. ada gak kwn2 yg mmg xdpt langsung subjek nk blaja sbb student dah penuh 1 klas.. 1 klas maximum 50 students only! haiyaaa... student faculty ada seribu lbh (yeke?).. hohoho! sangat2 kesian gak la kt student dapat amek 2 subjek je utk 1 long sem.. hohoho kira leh jd expert kot dlm subjek tu~
xpe la, amek la ni sbg satu cabaran dan pengajaran utk diri kita.. cabaran nya kita kena ada target utk masa depan dan jangan terlalu ikut ckp org.. huhuhu.. inilah masalah kita as student, slalu sangat terpengaruh cakap kawan2 and senior.. ingat la, rambut sama hitam tapi otak lain2.. pengajaran nya, be yourself and believe that Allah always help us! even subjek tu susah pon, kita kne usaha sambil berdoa.. doa la senjata utama kita.. yakin la, seteruk mana pon kita, Allah x pernah memilih kasih, Allah Maha Adil ;p
bak kata org tua, hari ni hari saya, sok lusa hari kamu lak kn~ ngeh3...
bersabarlah, apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.. tak semestinya student yg dapat naik level cpt akan grad awalkan.. jangan risau, kita sama2 masuk U, and kita akan abis sama2 gak.. gud luck frenz~ yeay!! (peace!)
Saturday, April 24, 2010
...things girls wish guys knew. ♥
2. Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials before we get bored.
3. We think about you all the time.
4. This is how we see it: Don’t call = Don’t care.
5. Which also means that if we dont call, take a hint.
6. We like you to be a little jealous. But overly possessive is not necessary.
7. Laugh at our jokes.
8. 3 words: honesty, honesty, honesty!
9. Do not start with us. You will not win.
10. Would you like it if a guy treated your sister that way? Didnt think so.
11. If you ask nicely, we`ll answer the same way.
12. Pay attention to the little things we do, because they mean the most.
13. Even though you’re sometimes insensitive and hurt us, we still love you with everything we are.
14. Dont act hard around your friends
15. Sometimes “NO” really means “NO!”.
16. Sensitive guys are great. BUT crying more than we do in a movie just isn’t right.
17. Dont let ex-girlfriends cause drama, relationships are stressful enough.
18. It takes a special kind of stupid to forget birthdays.
19. “Fat chicks” have feelings, too.
20. Silent treatment, shoulder shrugs, tears, yelling, & nasty looks add up to = YOU DiD SOMETHiNG WRONG.
21. Just because a girl doesnt pick up on the first ring, doesnt mean she's not waiting by the phone.
22. You dont have to spend a lot; if it means a lot.
23. Dont say you love me if you dont mean it.
24. Dont lie to us. We will catch you.
25. Dont you ever answer our question with only ONE word! We hate it!
26. When the girls get together, we talk about everything. Meaning, my best friends know everything about you.
ngeh3. guys, no hard feeling okay. sharing is caring! ;D
Friday, April 23, 2010
no word to say...
Thursday, April 22, 2010
TIPS KEJUTKAN ORANG BANGUN TIDO!!.. ngeh3 ;p
kalau nak kejutkan org bangun tidur:
Firstly, pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan
lahan..Pastu, sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
Pastu, renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
Pastu, tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
Pastu, tutup kipas/air cond
tp kalau still tak effect
Korang jerit nama dia kuat kuat...
Pastu, gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit( euwwww!!)
Pastu, simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju dalam korang (opssss!!)
Pastu, tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
Pastu, goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
Pastu, jerit api! api! api!
Pastu, letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit
tp kalau still tak effect gak
Korang pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
Pastu pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe
tp kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhirpanggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya .
Bayarlah dengan segelas susu...
Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah
musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan
serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi
kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda
yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan
pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang
di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu
rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu
dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan
sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda
tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan
pengembaraannya.
"Berapa harga susu ini?" tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, "Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah
mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan
yang kita lakukan"
Pengembaramuda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. "Kalau begitu, saya
hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,"kata pemuda tersebut, disambut oleh
budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda
yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran,
walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda
tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit
kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa
oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera
terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak
bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan
kemudiannya berkata," Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta
sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,"
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk
menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama.
Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor
itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia
memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis
sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya.
Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir
ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian
dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau
si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil
yang dikenakan itu. Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian
terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
"Bayarlah dengan segelas susu.."
Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang
daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins. Amerika
Syarikat.
^Jari Telunjuk Kita^
Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a .w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.
Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.
Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah "Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..
Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini.Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku. Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..


Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah. Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah
.: ANJING-ANJING NERAKA :.
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
..Lima PeRkaRa peRoSak Hati...
3. Bergantung kepada selain Allah
Wednesday, April 21, 2010
...Result Kuar??? erkkk...
Bila ckp psl account, seriously rasa cm senang je.. ala setakat debit credit tu sume org leh wat! even dak skolah rendah pon phm.. huhu.. itu la yg slalu saya pikir when 1st tyme decide nk amek course pe.. For me, better amek benda yg mnyenangkan diri even minat kpd science membuak2 dlm diri.. huhu.. thats just my assumption.. tapi skrg, sume tu tak betol... bila start blaja pasal shares, debentures, fund.. huhu.. getting my head hot!! sangat mencabar minda utk berfikir.. xpe2 yg penting kena phm.. tapi kadang2 kita bila xphm apa yg diblaja mesti kita akan salahkan subjek tu.. Y?? nape kita xmo salahkan diri kita ek? huhu
Pape pon result dh kuar.. Alhamdulillah sume seperti yg diharapkan.. Syukur sangat2~ segala penat lelah study sama2 dgn Amira Jamil, Raja Siti Afiqah, Farhana Anis, Aleeya, Azreen, & Asyraf sgt2 berbaloi.. huhu.. study sampai x tdo, ada sampai x blk bilik langsung.. huhu.. diorg sgt struggle study.. thanx frens.. tp skrg yg mngrunsingkan PERLU KE SAYA AMEK SHORT SEM??? huhu.. thinking2!! (^0^)Y
~ even pahit melalui saat study, tapi sgt manis bila teringat waktu itu =)
xpe la mira, kita tetapkan pendirian kita!
kita tetap amek short sem~
hahhahaha...
lgpon wat pe nk tnya dak2 level 6?
arif sgt ke diorg tu?
hahahaha
better tnya senior yg dh nk grad ke..
diorg lg arif!
hehehe
kan ari tu seha dh bgthu mira psl seha tnya kak aini yg dh nk grad ari tu..
maybe mira dh lupa la tu...
hahahah
biar la kita susah utk second anfd third year je...
nnt kita fourth year boleh la enjoy puas2..
lg pon bkn susah pon short sem..
klas dh la ptg, 3 ari lak tu~
hahahaha
stakat cuti 3 bln tu xde pape pon...
kita dlm 2 bln leh abiskan 1 @ 2 subjek..
tp kalo yg bdk cuti ape yg diorg dpt?
hehehe
hiburan? rehat?
kami org leh dpt gak.. kata klas 3 ari je kan ;p
kalo mira nk keje sambil blaja pon leh gak!
kata nk keje kt sleu kn.. xpon kte cri la kt tempat len~
hahaha
kan byk gitu benefit yg kita dpt..
tol x mira?
jgn la rugikan umur utk extend belajar je..
nnt kwn2 kita dh bleh keje dpt gaji beribu2, siap ada kete n harta sendiri baru kita rs nyesal..
biar la kita bersusah kejap sahaja..
xlama pon..
leh mira??
hehehehe
(pjg x seha nasihat?? hahaha peace ;p)
* dicopy daripada facebook amira jamil =)