Tuesday, August 31, 2010

~ T.E.N.S.I.O.N ~

TENSION! tu la tajuk entry hari ni ek sempena merdeka ni tepat2 lak tu kul 12.00 start tulis ni.. haha~


OK! saya sangat tension.. tension dengan apa?
study? NOPE! sebab baru je pas jawab mid term auditing so dah tak tension.. huhu
dah tu nape tension?
tension sebab lambat balik raya ke? NOPE2!! saya x kisah sangat balik sebab leh jalan kaki je balik umah tiap2 ari.. haha..
dah tuuu.... apa yang saya tension sangat ni? haishhh~
saya tension sebab enset saya buat hal!! huwaaaa :(
PENAT2! sangat penat dengan benda2 technology ni...
tapi semua yang berlaku pon memang berpunca dari saya pon~
ceritanya bermula pada bulan lepas.... (jeng jeng jeng)



Time tu saya baru je beberapa bulan beli fon baru, sony g900.. best! semua function ada termasuk lah 3g, wifi, camera 5mg siap leh main lukis2 lagi.. touch screen + keypad best~ tapi cuma yang x bestnya fon tu x sesuai untuk games, function dia pon mcm lembap ckit, ngeh3.. rasa mcm fon tu lebih sesuai untuk orang2 tua yang berkerjaya (boomer generation sesuai kot..ngeh2)

sony g900~ hanya tinggal kenangan :(


Disebabkan fon sony diatas x memenuhi sangat citarasa saya yang ala2 jiwa remaja la kononnya, saya pon ada la pasang niat sikit untuk beli fon baru. huhu. nak dijadikan cerita, saya teman la kawan saya beli fon kat seremban bulan lepas. pastu tiba2 mengedik lak ai naluri ni nak beli gak fon! hadoii~ susah2! nak2 bila mata ternampak iphone (tp bukan iphone 4g punya).. hoho.. apa lagi saya pon membeli belah la kan.. tukar iphone lak dengan trade in fon g900~ huhu (iphone 3g je xde "s" pon)

ni lah iphone saya~ R.U.B.B.I.S.H!

Tiba2 pelik dan ajaibnya, nape bila saya on iphone tu x sama dengan iphone original? hoho.. tp tauke kedai tadi seriously tunjuk iphone original siap ada logo apple kat belakang! haishh.. memang patah hati la kan time tu~ haha.. pastu bila g balik kedai tu tauke tu pon ckp, "memang la fon u tu original, tapi original from malaysia!".. haa?? ok! saya xmo dah cakap psl iphone tu! sakit hati kena tipu, fon yg lama kena trade tu lak orang lain dah beli! huwaaa.. sedey2! apa la nasib~ time tu seriously sangat x suka! balik rumah terus masukkan iphone dlm kotak pastu simpan dalam loker yg siap kunci dengan manga lagi! haha~

Disebabkan hati sangat kecewa, minggu depan nya saya terus ajak panda gi lowyat! kali ni memang aim nak fon corby pro! haha.. tapi biasalah saya sangat2 la cepat ter"influence" dengan orang.. huhu.. kat lowyat ada satu kedai amoi ni yang terletak dipersimpangan jalan dalam plaza lowyat ni.. amoi ni memamng kenal sangat la kan dengan saya. bila tengok muka saya mesti bagi murah! hoho.. time tu corby pro harga dalam rm900++ tapi amoi tu bagi rm700 je! huhu.. memang best la kan~ tapi entah cmne panda influence saya suruh beli samsung GT-S5233W~ apa yang best sangat dgn fon ni kan? ermm.. biasa2 je cuma dia fully touch screen, wifi, no 3g, camera 3.2mg (x secantik gambar g900), and ada keypad qwerty~ pastu saya pon beli la until now still using it! yg x bestnya, saya still x mahir dgn samsung! dan ari ni fon ni x boleh nak call orang!! huwaa.. sedey2~ nak call kakak ni sok nak g shopping dgn dia!! tlg la fon jgn nak mengedik! haishh.. sakit jiwa raga! nak cakap salah simkad x pon sebab leh dapat mesej and kalo guna kat fon lain leh lak call orang.. ni semua salah fon saya!!!


samsung wifi.. tlg jgn mainkan perasaan tuan anda!


Moral of the story: bersyukur la dengan apa yang ada.. pilihan pertama tu yang terbaik! jangan menyesal macam saya ok! (>.<)

Saturday, August 28, 2010

Terasa diriku begitu berharga

Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,
kenapala diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)

credit to: sebutir mutiara seindah wanita




Wednesday, August 25, 2010

Wanita bermacam "nanah"

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
(huhu.. lepas ni tolong kurangkan mengomen ye cik nasihah!)

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
(ish2.. sifat ni yg takut ni.. riak dan bangga diri.. moga2 kita dijauhi oleh sifat ni.. didik diri supaya sentiasa humble ye cik nasihah even kamu mmg dah "rendah" dah pon.. huhu.. xpe2 kita teruskan "rendah" lagi!)

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
(hoho.. memang berlambak dah wanita macam ni.. huhu.. scary2.. Ya Allah, jadikanlah saya wanita yg setia dan sentiasa bersyukur.. Sesungguhnya kepada Kau lah aku berlindung.. Amin!)

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.
(Astagfirullah! xde suami pon memang dah perangai macam ni.. huhu.. cuma bezanya suka beli guna duit sendiri je.. x suka harapkan orang lain.. nanti x terbeli lak! haha.. tapi ni pon kena berubah gak ye cik nasihah! sila kawal nafsu anda.. wagagaga! INGAT PESAN ABAH!)


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama: wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
(huhu.. setakat ni simple is better kot.. tapi x tahu la in de future bila dah bekerjaya nanti maybe akan berubah personality kan.. huhu.. sila sentiasa beringat ye cik nasihah, jangan hiasi diri anda terlalu extraordinary! bersederhanalah.. ingat! wanita senang masuk syurga, dan senang juga masuk neraka disebabkan benda diatas.. huhu)

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
(HOHOHO! ni memang terkena batang idung ni.. huhu.. nak2 time x puasa.. lagi la non-stop pok pek pok pek.. huhu.. tapi mujur bising2 pon keje still siap.. hehe.. ok! kurangkan bercakap dan buat bising lepas ni NASIHAH!!)

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Ya Allah, rupanya banyak lagi yang perlu saya berubah.. huhu.. tiba2 rindu lak nasihah time sekolah dulu.. Huh! kali ni memang perlu berubah! masih sempat lagi untuk didik diri ni terutama still dalam bulan ramadhan untuk menjadi nasihah yang dulu.. Moga Allah terima segala amalan dan ibadah ku..

"Ya Allah, jauhkanlah kami daripada golongan wanita sebegini... Amin"

Friday, August 20, 2010

PUASA OH PUASA..

lik lak lik lak! dah pon bulan puasa~
hoho! seperti tahun-tahun lepas, puasa tahun ni kena puasa sorang-sorang tanpa family lagi. huhu. biasalah hidup diperantauan jauh dengan family. jalan kaki balik rumah pon tak sampai! haha. kononnya~

dah2! bukan yang tu saya nak ceritakan. sebenarnya nak bagitau puasa tahun ni saya ada tanam satu azam.

AZAM? norhafizah mohd azam ke? TAK2!! ni bukan azam nama orang la, ni azam yang orang puteh sebut determination tu ha. faham?

tapi apa azam saya? nak cuba tambah tinggi lagi 1 inchi ke? hoho TIDAK2! thats really complicated ma. kita azam benda yang senang sudey~

BEFORE FASTING:

" puasa tahun ni saya azam nak belanja rm5 sehari je!", NSI cakap sambil kembang dada.

" mana leh! awk kan suka makan kambing! half kilo kambing dah rm25. mana nak cakau lagi rm20 tu ha?", RSARA dah start membebel.

xpe2, saya memang suka dengar kawan saya membebel. even dalam hati dah kutuk habis-habis tapi kat luar still maintain dengan senyuman. tenang aje. ngeee. ok! dipendekkan cerita~

" jom! kita sahut cabaran si minah pendek tu weh! rm5 sehari di bulan ramadhan!! whoaaaa~", kata AJ yang begitu semangat nak mampos.

PUASA PERTAMA DI BAZAR:

biasalah hari pertama puasa kurang sikit nafsu nak makan kan. sampai 3 kali round bazar tu still x beli2 lagi. hoho. time tu pulak jalan dengan si AJ, tiba2 nampak nasi beriani, apa lagi AJ berlari sekuat hati ke kedai nasi beriani tu! dia memang gila dengan beriani2 ni al-maklum anak jati kedah~ tapi.. saya beli apa? haha.. bila dah start beli makanan memang dah x ingat dunia dah la kan.

NASI BERIANI RM4.50

MURTABAK RM2.00

AIR SOYA CINCAU RM1.50

TOTAL RM8.00

WHAT? abis la duit kalau macam ni. otw balik ke hostel memang kena perli habis2 la kan dengan kawan2. pastu diorang bagi idea lak suruh cover duit untuk esok. so disebabkan dah belanja rm8 ari ni, esok saya kena belanja rm2 je! hoho. tu la bila berkawan dengan budak berkepala akaun! dah la saya sorang je yang belanja lebih. kawan2 yang lain sume belanja under rm5 je. huhu. xpe2 yang penting kita x cepat putus asa kan. azam tetap azam. kita tengok esoknya macam mana~

PUASA KEDUA:

seperti biasa pegi bazar dengan AJ. saya beli:

NASI KERABU RM3.70

KUIH RM1.00

AIR RM1.50

TOTAL RM5.20

WHAT?? melampau betol! kata nak belanja rm2. ni lebih rm3.20 ni pe hal? hadoii. oleh sebab ter"implicit" lagi, so esoknya patut kena belanja rm1.80 je. seperti biasa la kita xleh cepat putus asa kan. kita tengok macam mana esok!

PUASA KETIGA:

kring kring!

"weyh jom makan maghdud ari ni jom!" AM yang mengandung setengah bulan calling lak.

saya jawab panggilan dengan tabah, " jum."

maghdud ni sejenis makanan arab. nasi + kambing. kat restoran kitorang pegi hari tu dia ikot kilo nasi dia. makan dalam dulang. 1kg rm50. tapi kitorang makan half kilo je maknanya rm25 melayang~

whoaaaaaaa! macam mana dengan azam saya x tunai2 lagi ni?? susah2~

PUASA KEEMPAT:

kali ni dapat makan free sebab kak zu atau panggilan manjanya mak tiri belanja char keuh teow! haha. ni bukan mak tiri betol2 k~

so saya belanja:

KUIH RM1.00

AIR RM1.50

TOTAL RM2.50

WAH! akhirnya puasa ke4 berjaya gak sahut cabaran. haha. tu pon sebab kak zu yang belanja. kalau beliau x belanja xde nya nak berjaya sahut cabaran ni~ haha. boleh ke saya tunai azam saya tu tanpa bantuan orang lain? huhu

PUASA KELIMA:

kali ni memang kena gak tunai azam saya tu! kawan2 saya yang lain dah 5 hari dah tunai azam tapi saya 1 hari pon x tunai dengan sempurna. MALU2!

so saya belanja:

KUEH TEOW GORENG RM2.50

AIR RM1.50

TOTAL RM4.00

ALHAMDULILLAH! setelah lama saya bercita2 untuk belanja kurang dari rm5. akhirnya tertunai jugak. terharu dengan diri sendiri! haha.. tapi sejauh mana boleh kekal ni? haha

tu la dia ragam bila hidup jauh dari family. susah betol nak kawal nafsu and control belanja kan. tiba2 teringat hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Baginda juga pernah bersabda yang bermaksud: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ” Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".
jihad kita macam mana pulak? besar ke kecik? errr (^_^)Y

Sunday, August 1, 2010

~ inilah yang ku inginkan... tetapi masih adakah untuk ku??

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...