Friday, May 27, 2011

subuh yang tenang ;)

selamat pagi!

hehe.. dah lama tak view si coklat ni...

hari ni my roomate semua puasa lagi!
bagus tak diorang?
sejuk habis la perut mak diorang if tahu anak dorang macam ni..
haha

because of that, pukul 5 pagi alarm najihah yang mengeluarkan suara adik dia azan telah mengejutkan kami!

si najihah ni pulak malas sikit nak off alarm..
tiap2 hari kena jerit suruh tutup baru la nak tutup!

so as usual, hadirah akan menjerit: " DAH2 LA TU AZAN NYA! (sambil mata tertutup)"
haha.. apa tak nya dah dekat 5 kali adik najihah azan pagi tadi..

haha.. and inilah perangai rutin diorang tiap2 pagi..

tu baru cerita pasal hadirah and najihah!


next, sorang lagi kakak dalam bilik ni..
kakak senior ni tengah praktikal kt petronas sem ni..
pukul 5 pagi dah dengar dia bangun pegi mandi..
pastu solat qiam, mengaji, solat subuh, iron baju...
perghh! tengok saya pon boleh hafal aktiviti pagi dia..
hehe.. tapi tu la saya sangat kagum dengan perangainya yang konsisten itu!

so, conclusion nya pukul 5 pagi, bilik saya dah macam siang!
meriahnya!
best kan? hehe...

and now i realize sem ni sangat best!
mentang2 la ada 2 subjek je kan..
memang enjoy gila tapi assginment satu pon tak sentuh lagi!
waaaaaaaa!!


ok la si coklat, nanti kita update lagi ye..


p/s: congrate to my sis! lepas ni boleh la buat club anak beranak haji ismail kat uia ni ye..

p/s/s: thanx to adilah my sweeties sebab teman bukak puasa semalam. not forget to nana, fiza and hadirah! nanti kita makan kerang bakar pulak okei!




setiap ciptaan Allah itu sangat indah..
obor2 pon cantik!

Thursday, May 19, 2011

bahasa emak saya!


haha..
korang tengok betol2 gambar kat atas ni ye!


ini white board kecil kat rumah saya.
biasanya kitorang akan tulis menu nak masak or list barang nak beli kat board ni..

but!
today bila saya sampai rumah tengok benda lain pulak yg ditulisnya!
haha..


BAHASA MAK?!

ni mesti keje adik beradik ni..
mentang2 la minggu lepas semua kumpul kat rumah kan..
pastu buli mak!
astagfirullah...
tak baik sungguh la weh diorang ni


actually,
my lovely mother berasal dari kuala terengganu.
so loghat terengganu tu still melekat kat lidah dia sampai sekarang..
kadang2 tu ada je perkataan yang pelik and kelakar yang keluar dari mulut dia..
kitorang adik beradik pulak certain tak reti cakap terengganu.
so, kitorang pon buat la kamus koleksi dalam rumah tu..
tu la dia BAHASA MAK!
hehe..

pape pon, mak still tersenyum bila kitorang buat macam ni.
hehe..
sorry mak, ini lah cara mudah untuk kami ingat and faham perkataan2 tersebut ;)


mama, everyday is mother's day for me..
happy mother's day!
i love you soooo much <3



p/s: al-fatihah buat blogger telor yg telah kembali ke rahmatullah pagi tadi sebab jangkitan kuman dalam paru... baru semalam saya geladah blog beliau, baru semalam kawan saya kenal kan saya kat dia, tapi hari ni dia dah tiada.. insyaAllah ahad ni kami akan ke sepang untuk ziarah tempat beliau disemadikan.. moga arwah dicucuri rahmat-NYA amin


Permakanan: Yahudi Menipu Kita..

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.





Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"


Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.




1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.




2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.




3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.




4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.




5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.





6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



sumber:http://tmnjawiindah.blogspot.com/2010/08/kebijaksanaan-yahudi-menipu-kita.html

Monday, May 16, 2011

READ AND SPREAD!

HELLO WORLD!

i just got an emel from my friend and i think i SHOULD share it with the others!

*****************************************************************

Cara terbaru menyebar kuman HIV!


Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .. Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati. .. .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain.


Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA .

Tuesday, May 10, 2011

nak garpu sudu dua!

ASSALAMUALAIKUM!!

welcome sem 3 2010/2011
sem yang memberi peluang untuk berjumpa dengan dean for BACC..
sem yang memberi ruang untuk berkenal dengan kak yati staff kat department BACC..
sem yang memberi peluang untuk tengok offer2 yang patut..
hoho.. individual study? tak tahu pulak boleh study individu with one lecturer.
menarik kan?


actually baru balik dari makan kat tepi kubur!
dan lupa pulak hari ni ada bola..
so restoran penuh dengan budak2 kelantan yang menjerit2, melolong2 sampai nak pecah anak tekak!
hoho.. ingatkan kat rumah saya je macam tu, rupanya kat luar sama je..
kita bakor je~

cakap pasal bakar, hari ni teringin sangat makan ikan bakar..
pada hal petang tadi dah makan soto ayam dengan "bila hati berbicara"
gila banyak makan kan?

disebabkan dah makan petang tadi, so saya and sorang lagi kawan just order ikan bakar untuk meratah!
haha.. macam puas la tu konon nya!
sampai je ikan bakar depan mata, saya pon cakap kat abang tu

"nak satu garpu satu sudu dua leh? (sambil jari tunjuk peace tanda dua)"

dia pon dengan pantas nya datang bawak satu garpu dua sudu!
saya yang sedang mencapai sudu dari abang tu tiba2 rasa macam pelik je..
nape abang ni bagi satu garpu dua sudu?
haha.. bagus betol la abang ni.. memang translate habis la ayat saya tu..

moral 1: sila susun ayat betol2 sebelum cakap dengan orang!

pastu lepas dah makan puas2 dengan kawan
kitorang pon mintak bil...
tup.. tup..

RM33.50!

wow!!
haha.. ok! kawan saya dah tersentap dah..
saya memang dah agak harga ofkos la mahal..
kata ikan bakar siakap!

so, terpaksa la kena bahagi 2!
selamat "sepitanpamu" sebab makan nasi goreng sotong yang berharga RM4.50 je..
HUWAAA!!

moral 2: sebelum makan sila tengok harga! sedar sikit student.. bukan keluar makan dengan family pon! haha


lastly!
benda ni sangat fobia...
sob2.. petang tadi tengok orang accident depan mata..
pastu tadi time nak keluar dari restoran nyaris2 nak accident dengan lori...
YA ALLAH!
memang rasa sebab Allah je yang selamatkan ni...
mujur sempat break... dah la kawasan gelap, banyak kereta..
sob2.. fobia ini memberi saya satu pengalaman untuk driving dikawasan yang gelap and banyak kete macam tuuu...

moral 3: jangan lepas break selagi kereta tak habis!



puas makan!

Friday, May 6, 2011

are u smarter than sixth grader?

selamat pagi!
hoho


hari ni the whole house terkena sakit tekak yang amat!
uhuk.. uhukk...
mak cakap sakit tekak ni berpunca dari debu2 pembinaan kondo near my house..
kondo setinggi 20tingkat sedang dibina ye..
habis tebus datang kat rumah..
so udara kat sini tak berapa elok...
sila lari diri jauh2 dari bangi >.<


actually entry ni nak tulis pasal my little sister...
dia dapat terpilih masuk program are u smarter than sixth grader...
perrggh!
kagum pulak dengan adik sendiri...
korang pernah dengar tak program ni?
program ni actually rancangan tv yang popular kat amerika..
so dari sinilah dia cari idea buat untuk budak2 sekolah yang terpilih kat malaysia pulak..


program ni yang dijalankan di GMI,bangi
budak darjah enam uji knowledge budak universiti..
unfortunately, saya tak dapat pegi tengok pertandingan diorang..
so, kena tunggu je la adik balik rumah cerita...
huhu...


pastu bila adik sampai rumah terus dia tanya...

kinah2! in the solar system, earth are known as what?
a) norway
b) milky way
c) crossway

haha.. teka2 apa jawapannya!

next question:

what is the star that nearest to earth?
a) moon
b) sun
c) Venus

haha.. jawab2...

senang je kan? (kononnya)

tapi ni soalan yang budak darjah 6 bagi kat budak universiti..
tak semua yang tahu jawapan nya...

so, moral of the story..
jangan anggap budak kecik itu tak tahu apa2..
hormatilah semua makhluk dalam dunia ni...

Kata Imam Al-Ghazali : sekiranya kamu bertemu anak-anak muda maka hormatilah mereka kerana usia yang muda itu tanda berkurangnya dosa. Dan sekiranya kamu bertemu dengan orang-orang tua hormatilah mereka kerana usia yang tua bermakna banyak ilmu dan pengalamannya.


p/s: jawapan kat atas tu dua2 (b)

Thursday, May 5, 2011

hujan di tengahari ;)

"HIDUP BAGAI RODA, KADANG2 KAT ATAS, KADANG2 KAT BAWAH"

ayat kat atas selalu kita dengar kan?
kadang2 tu dah sampai takde feel dah dengan ayat kat atas ni.. haha
so now, i nak buat satu ayat baru!

"HIDUP IBARAT KERETA-KERETA KAT HIGHWAY, SIAPA YANG BAWAK LAMBAT DIA AKAN KETINGGALAN!"

haha..
ada logic x?
idea ni dapat time tersekat dalam jem semalam.. citt!!


semalam my result untuk sem2 10/11 keluar..
seperti yang dijangka!
haha..
tengok semua result cerah je masa depan..
except!
huwaaaaa...
Ya Allah, ini merupakan satu tamparan yang hebat untuk aku..
dushh2...

semalam aku menangis..
call kwn2 mintak suggestion...
thanx to all yg byk bg support..
yg pujuk, yg bagi nasihat..
i thougt dah takde kawan untuk saya lagi..
rupanya ramai lagi yang sedia memikul beban yg pedih ini...

hehe..
after dah dengar nasihat kawan2..
saya pon pergilah tanya sir..
sir tengok balik hasil keje saya..
sir terkejut!
sir cakap
"bukan salah u..
this is because of the lecturer yang mark ur paper...
i will try my best to push u up..."

and then, tiba2 sir call balik..
sir cakap dia tak boleh nak push lagi sebab yang mark paper tu madam lain..
a long essay i wrote, but i just got 1 mark!
1 and half page i wrote but i just got 1 mark!
sangat skema jawapan madam tu..
and sir cakap..
our class is lucky because all student passed..
except for those yang tak jawab question one and/or four..
other class sir bagitahu half of the class failed!

what should i do?
crying is the best solution!
sorry sir ter"crying" depan sir...
sir cannot push anymore for another 2mark..
only 2 mark...
thanx to my sir for his hardworking!

pape pon, saya sangat bersyukur..
result sem ni tak jatuh teruk..
Alhamdulillah...

and now i realize...
apa yang berlaku pasti ada hikmah..
walaupon result ni sangat2 memberangsangkan sampai 4 subjek boleh conquer
tapi Allah taknak saya belajar sebab nak exam je..
so Dia amek satu subjek untuk saya study semula..
and subjek ni lah satu2nya subject saya memang study untuk exam je
yang mana jawapan semua ada dalam internet!
haha
kadang2 rasa tak logic..
tapi thats ok..
my father says this subject is so important in ur future especially time work..
(semua orang nak buat ayat untuk sedapkan hati saya!)

dear Allah, please be with me...

Tuesday, May 3, 2011

Another niece! yipeee~


HELLOOO ANYBODY HOMEE!!

hoho...
sukahati je kan jerit2 kat blog yang sunyi sepi ni...
ermmm..


pape pon sila kembali ke niat yang asal ye!
haha.. apa niat saya buat blog ni?

sebab saya nak masuk kan semua kenangan manis, pahit, tawar serta ilmu2 and kata2 yang boleh membakar jiwa raga kat dalam blog ni.. haha.. pastu nanti dah tua boleh tunjuk kat cucu cicit kan... nanti mesti diorang tak percaya nenek diorang pandai berblogging! untung siapa dapat nenek macam saya ni.. wahaha... enough2!!


1 MEI 2011

saya dapat sorang lagi anak sedara!
Alhamdulillah ;)



born on 1 May 2011
a girl
3.1kg
name? xde lagi!


but.. setiap yang hidup pasti akan mati...

Pok De Samad pulang ke rahmatullah..
he is a good and pious man..
punca kematian? sakit jantung, buah pinggang tak berfungsi...

Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..

Al-fatihah for him.


*******************************************

semalam dapat bermain dengan anak sedara baru. and i'm sooo happy! but... gembira itu tak berpanjangan pon! huhu... my father buka topic pasal benda yang membuat saya resah gelisah.. haha.. topic apa? topic apa? suruh kawen cepat sikit! wuhaaaa....

"kinah kalau dah ada calon meh abah pegi meminang"

zrekkkk! terguris hati kecil i.. tapi takpe maintain2...

"kalau kinah takde calon, biar abah je la yang cari"

zrekkkk!! terguris lagi sekali... huhu.. sabar2

"abah takkan benar kinah pegi oversea sorang2. if nak pegi, kena ada suami dulu"

zrekkk!! zrekkk!! dah berdarah hati saya...

huhu...


Dear abah and mak,
kalaulah mak and abah boleh baca isi hati kinah kan best!
kinah bukan taknak kawen awal tapi kinah susah nak cari pasangan yang boleh match dengan kinah..
dalam ramai2 kawan laki, pernah sorang je kinah jumpa yang ada banyak persamaan dengan kinah..
tapi kinah malas nak pikir lagi..
so better kinah sabar dan berdoa moga dapat orang yang lebih baik dari dia...

dear abah and mak,
kinah takot kalau kinah salah pilih jodoh..
even ramai yang dah cuba nak dekati kinah, tapi kinah rasa kinah tak dapat nak masuk dengan diorang lagi..
macam pesan nabi, pilihlah yang sekufu..
kinah nak yang setaraf dengan pemikiran kinah..
kadang2 tu bila kinah cerita hal isu semasa, diorang macam tak berminat pon nak tahu...
macam mana kinah nak pilih?

dear mak and abah,
kinah tahu mak and abah dah masak dengan perangai kinah.
kinah janji if umur kinah 25 tahun but still takde berpunya, mak and abah boleh carikan..
kinah harap mak abah bagi kinah sedikit masa lagi..
kinah nak ada keje tetap dulu, nak berbakti pada mak and abah...
tapi kadang2 tu kinah rasa risau jugak...
Maybe Allah nak kinah bersabar dulu, pasti ada hikmah semua..
cuma satu benda kinah mintak, janganlah tanya kinah macam soklan2 kat atas tu..
ibarat macam dah takde jodoh langsung kinah ni kan.. huhu


berdoalah sesungguhnya Allah tidak pernah menghampakan hambanya ;)





Sunday, May 1, 2011

cerita busuk dan hampir basi!

Actually,
benda ni dah berlaku lama dah..
tapi dah janji dengan kawan nak post kat entry, so terpaksa la tunaikan..
huhu..

benda apa sebenarnya nak post nii???


just a short story about my lovely friend..

her name is Syakila..

saya kenal dia since kat matriculation lagi..

kami sama kelas, sama hostel, sama blok...

she sooo sweet! and banyak kenangan bersama...


syakila kedua dari kanan ;P



ni kat matric pj, muka pon suci je sume.. hehe
syakila kat barisan belakang kedua dari kiri



however, sejak kami dipindahkan ke matric nilai...

hubungan kami kurang akrab ;(

sebab... kitorang dah lain kelas, lain bilik, lain blok...

kalo nak jumpa pon time buat discussion kat surau je la.. tu pon tak selalu ;(

since dari matrik nilai ni lah syakila melibatkan diri dalam Quranic Language Arabic Club..

dengan position yang agak tinggi kat dalam club tu, dia met Tarmizi (her husband now!)..

hehe.. and then lepas masuk gombak mereka terus berkawen!


SELAMAT PENGANTIN BARU SYAKILA & TARMIZI


syakila & tarmizi


pengantin with makcik mana ntah =p

moga both of u bahagia kekal hingga ke anak cucu... Amin!


after kenduri syakila,
kitorang singgah jap rumah imran untuk solat asar..

mak imran masak mee goreng superb!

imran, lepas ni mintak mak ko buat lagi ye!
aku nak udang yang besar2 punya!
haha



together and gather ;)

haha.. benda ni jela nak post ;P

p/s: terasa diri macam tua sangat bila ramai kawan sebaya dah kawen >.<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...