Sunday, November 14, 2010

Kerana kesilapan lama!

baru2 ni saya ada dapat emel dari kawan. dia forwardkan 1 keratan akhbar tentang sorang pempuan yang tengah cari 2 rakan nya untuk mintak maaf dengan kesalahan dia buat time dia belajar kt ipt dulu. korang klik la kat gambar bawah ni untuk baca apa yang ditulis. saya tak reti nak cite tapi benda ni sangat memberi iktibar ok! keratan ini diambil dari mingguan wanita, 2009




P/S: korang buat la conclusion sendirinya lps baca :)

Saturday, November 13, 2010

TAMBAH 1 TAHUN :)


semalam 12 nov tepat pada pukul 8.23pm,
sudah lengkap 21 tahun saya hidup kat dunia ni.
tua dah rupanya!

bila imbas balik 21 tahun lepas..

time tu mak saya tengah berdebar nak keluarkan saya dari kepompongnya. mengikut cerita mak saya, saya senang je keluar. maybe sebab saya dah bosan kot duk lama2 dalam kepompong! haha... disebabkan kebosanan itu, saya keluar dulu sebelom doktor datang. mujur ada mak bidan.

tapi tu cerita 21 tahun yang lepas. haha.

macam mana lak 21 tahun selepas itu?

untuk tahun ke-21 ni, seperti biasa la birthday wajib jatuh time tarikh exam! saya tahu UIA sangat sayang saya (-_-). tema bufday tahun ni keharuman dan kewangian! haha.. tema tahun lepas pantun! adoi2.. macam2 la kan kawan2 punya idea nak sambut bufday. penat gak nak melayan tapi tu la kawan2 saya sangat gila2! pape pon korang sangat happening.


kek secret recipe got from syazana! haha..
beliau cakap cake ni represent dia yang time tu dah ada kat rumah.
kerana kek sepotong ni la amira jamil terpaksa membuat pengakuan maut!
haha.. that really funny~

"time tu saya, amira and leya study sama2 kat bilik tv for tomorrow paper, tiba2 syazana (my roomate) mesej mira.. mira mula2 dapat mesej syazana dia macam terkejut and lantas mulutnya berbunyi; "eh syazana mesej la.." time tu saya dah pelik dah.. syazana mesej amira? WEIRD! tiba2 mira cakap syazana bagitahu dia dah balik rumah! time tu rasa macam nak belasah je syazana, susah sangat ke nak mesej bagitahu kat saya sendiri yang dia dah balik! berapa jam pastu tiba2 mira cakap dia nak pegi jumpa abang dia jap ambik barang. lepas je mira jumpa abang dia, saya banyak gila soalan tanya; "barang apa abang bagi?" "nape abang tak bagi nanti je?" "bukan ke nanti balik dengan abang gak?".. mujur mira sorang yg tenang.. abis semua soalan saya dia belasah jawab sampai saya pon percaya la.. haha.. muka gila innocent time tu! pastu dalam kul 10pm kitorang balik bilik. even kitorang duduk blok lain2 tapi biasanya kitorang balik sama2. tapi kali ni mira dia nak balik awal sikit sebab nak jumpa roomate saya, zaty. dalam kul 12 lebih, tiba2 zaty mandikan saya dengan bedak wangi dia and then hulurkan kek kat atas tu! haha.. time tu la zaty cerita segala2 nya~ rupanya abang mira selama ni adalah syazana.. tak sangka abang mira perempuan rupanya.. haha.. thats cool!"


ok! penat bercerita! hehe

next...


i got unexpired cake from asyraf rosli!
haha..
thanx alot dude~
beliau bagi time keluar exam hall
dia cakap dia lukis benda ni time instructor said please stop writing!
haha.. thats funny.. nak tengok dengan jelas dia tulis apa, klik la gambar atas :)



ok! sangat penat tulis.. cukup la ye benda ni je cerita~
banyak lagi nak share hasil kreatif kawan2 saya tapi maybe next time :)



before i end my writing..

BIG HUGE TO:
  • MY LUVLY FAMILY (abah, mak, kak long, abang long, aisy, abang epul, abang hayat, kak eja, abang kimi, kak arah, islah, fera, aya and awi!) -for the big present! :)
  • SYAZANA ABDUL HALIM -for the lovely cake and wish
  • AMIRA JAMIL -for the pantun menghancur mood!
  • NURIZZATI ROSNI -for mandikan bedak :)
  • ASYRAF ROSLI -for the unexpired cake
  • ADILAH HAMID - for the 1st person wish in phone :)
  • LAILATUSSA'ADAH JOHARI -for the last person wish in phone
  • NUR ASILAH -for the last wisher that post in my fb's wall
  • SYABAB -for the 1st person wish in my fb's wall
  • ZAHIRAH DAHRIA MOHAMED BASRI -for taknak wish! hehe
  • ALEYA AZHARI -for the laugh! hehe
  • SYUHAIDAH SOAIB -for the double wish (exam hall + fb's wall)
  • NIK MARHAN, ASWADIL AMIN, KHAIRI AZMI, AMIN MAKRUF, MUHAMMAD FIRDAUS ABD HALIM, RAJA SITI AFIQAH RAJA AZMI -for the double wishes (at phone + in FB)
  • ALL MY FRENS AT UIA, SMKAKA, SMATAF, IRSYAD (sori tak larat nak mention nama semua.. sangat ramai.. takpe yang penting i'm proud to be ur frens) - thanx for the wish and recognition! :)

Friday, October 22, 2010

our interview... DONE!

lets begin this entry with a big smile =))
senyum kawan2 senyum!!

ok! as a student from IIU (International Interview University).. hahaha just a joke!


sem ni saya sangat rasa dihargai bila semua assignment saya kena buat interview..
nak buat macam mana.. interview mesti diteruskan ye!
BUT! dalam era globalisasi ini (haha.. abis melayu dah ayat!),
sangat mudah untuk kita menipu ye kawan2!
jangan lepaskan peluang ini terutama dlm membuat assignment.. hahaha

CUKUP2!! makin merepek pulak dah!

ok! malas den nak cakap banyak2..korang tengok la sendiri gambar2 and jalan cerita kat bawah ni..
dalam 10 assignment interview yang selama ni saya kena buat,
nilah satu2 nya assignment yang saya berjaya buat interview BETUL2!
hahaha.. how clever am i~


but before read!
WARNING: KEEP IT SECRET OK! hehehe...



pukul 4.30 ptg, di receptionist tower 2 klcc.. kami diminta untuk mendaftar diri kat kaunter untuk mendapatkan sekeping pass pelawat ye! haha.. (apasal malam ni habis skema ayat tulis?)..




ni kad dia.. nampak biasa je tapi.. hehe... ok! that confidential ye~
kami di"guide" oleh Tuan Haji Ismail untuk ke tempat interview..
dalam perjalanan ke tingkat 63, really owesome experience that we faced..
but, sorry time tu nak cepat so kami tak sempat nak snap2!
hahaha
as short, untuk mereka yang pernah lalu kat jambatan klcc tu maybe tahu kot procedure dalam bangunan tu kan..
1st floor kena scanning ala2 kat airport tu..
and then naik lift until tingkat 42 ..




ini lah tingkat 42 kat area jambatan klcc tu..
biasanya for public sampai kawasan sini je dibenarkan...
next kitorang naik lift lain pulak untuk sampai tingkat 63
baru lah jumpa pejabat itu!
sedikit kagum dengan lift dia sebab gila laju.. telinga rasa macam gi genting..
kalau tiap2 hari hadapi benda tu ada gak leh pekak ye! ish3
sayangilah gegendang telinga anda :)




ok! kami tengah prepare for our interview konon nya ala2 dah confident la kan..
one thing to remember: please make sure u have enough information bout the company before u come to ask them! haha
group kitorang ni nampak je confident, padahal lupa nak tengok annual report petronas!
hoho.. sekali diorang tanya
"how many shareholder that petronas have?"
hahaha... dengan selamba saya menjawab: " infinity sir!"
SALAH!!ngeee :)



kitorang punya interview ni tak sampai pon setengah jam! hahaha...
tu maknanya bekerja macam diorang sangat busy!
kalau korang tengok macam mana diorang keje..
fuh!! macam lipas kudung... takde nya jalan macam kura2.. haha




ok la dah siap interview kami pon pulang la kepangkuan jalan :)
this is my team...
tapi nape mata leeya macam tu?
euwww!! macam pontianak! hahaha
xpe2 seha replace dengan gambar yang proper k~



ni lah aleeya :)
(ada gak gambar kita kan! haha)

ok time to sleep! nitto people.. hehe


p/s: Ya Allah panjangkanlah umur kedua ibubapaku dan murahkanlah rezeki mereka. AMIN!

Monday, October 18, 2010

:: it's all about history ::

dah lama tak update blog~


ok! petang tadi time tengah cari gambar untuk assignment, saya terlihatlah gambar2 lama saya dengan kawan2.. huh! sangat rindu zaman muda2 dulu~ sob3...

sila lihat gambar dibawah bersama jalan ceritanya ye :)



inilah kawan2 saya yang mula2 saya kenal first time jejak kaki di uia.. sejuk mata memandangkan! haha.. kitorang kenal pon sebab bilik ktorang dekat.. best sangat dengan diorang~ mula2 jumpa dah kecoh! tapi saya tak sama class dengan salah sorang dari mereka so kadang2 tu tak ada masa nak lepak sama.. sedeykan :(




ni pulak time nak tengok result ept & apt kat matrik.. bersama syahirah! dulu kami rapat tapi sekarang dah bawak haluan masing2.. sob3... pape pon ingat lagi time ni, gila debar tunggu panjang2 tengok result ept & apt sebab nilah yang menentu berapa tahun saya belajar kat matrik.. hoho~ thanx God, exempted apt.. so tak payah nak amek banyak subjek dah.. ngeee~




ni pulak my bff.. auwww! haha.. nama dia nur adilah hamid.. orang cakap kitorang macam kembar.. sama tinggi, sama pakai spek, sama tu, sama ni.. haha.. tapi tu dulu, sekarang kitorang dah tak sama dah sebab dia amek double degree (economics+ilmu wahyu).. so bila dah tak sama course tu memang susah dah la nak jumpa kan.. sangat rindu kat dia :(




ok! di uia gombak dah.. haha.. masuk uia gombak, saya dapat hostel jauh dari member matrik saya .. so terpaksa independent jap! bila tempat baru mesti la dapat kawan baru kan.. 3 dara pingitan that always together.. haha.. actually 4 dara tapi sorang lagi tu jarang sikit ikot kitorang (leeya!) haha~



not forget to my sengal's fren! haha.. najihah! beliau ni suka kacau orang sikit.. memang takleh tengok orang tenang mesti ada je plan dia nak buat.. setakat ni dah nak abis satu selangor kami jelajah bersama.. abis semua hulu kitorang redah! next plan tak tahu la si jihah ni.. hoho.. jangan sesat lagi dah la ek!




ni pulak dengan yusriny! dia roomate saya time matrik pj.. huhu.. tapi sekarang dia dah pindah ke australia, UWA! best sangat kan... bila dah pindah uni ofkos la makin lama makin jauhkan.. sob3.. dengar cerita dia dah nak abis belajar dah! just 2 years je belajar hoho.. cepatnya amek degree kat oversea.. kami kat sini dah berjanggut2 still tak abis subjek lagi.. haishhh~




ni dengan cik pikah manja kita! hahaha... time ni kitorang ada kem kepimpinan (leadership).. haha.. pikah memang seorang budak yang bertanggungjawab.. saya tak mampu untuk menghadapi beban macam dia hadapi.. huhu.. ok pikah! sila kuatkan diri anda ye :)




ni time saya masuk perwakilan dulu.. huhu.. sangat best bila jadi orang yang berjawatan tinggi ni kan.. tapi bila nak tanggung jawatan tu sangat2 la berat! huhu.. takpe lah, at least memories and experiences yang dapat tu sangat me"matured"kan saya :)



lastly, inilah saya dengan kakak2 perwakilan yang lain.. hoho.. 2 orang dah nak grade, 2 orang lagi still tersedut2 nak abiskan belajar.. haha.. luv ol!



ok! cukup sampai situ je la ek! mau start buat assignment pulak.. thanx for the read :)



Monday, September 20, 2010

komputer pon ada jantina tau!

haha.. sound funny right?
tadi terbaca satu blog yg sgt menarik.. design dia pon lawa..
tiba2 terbaca entry "rahsia jantina komputer anda", macam best!
maybe certain orang dah tahu, tapi saya sedikit ketinggalan baru terbaca benda ni.. haha
ingatkan main2 tapi betul2 rupanya.. sgt excited sebab dah tahu jantina lappy saya!

sila ikot arahan dibawah ye kawan2 :)

  1. buka perisian "notepad",
  2. tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
  3. kemudian save as "i love you.vbs"
  4. tutup perisian "notepad" tersebut
  5. akhir sekali, double click fail yang disimpan tadi
  6. suara 'i love you' akan kedengaran. Sekiranya suara perempuan, sah komputer anda perempuan dan begitu juga dengan suara lelaki.
  7. Jika tiada bunyi, ini bermakna komputer anda bisu.. huhuhu


Untuk kepastian(Click untuk gmbar besor)):





lappy saya betina! haishhh.. potong stim tol la~ baru nak jadikan bf td... ngeee

Sunday, September 19, 2010

she makes me smiles :)



ini anak sedara saya! nama dia rahadatul 'aisy binti muhammad khairul aizuddin (if i not mistaken la nama bapak dia cmtu.. haha).. ok! umur beliau 6 bln.. cucu sulong utk nek ma & tok pa (thats my parent la.. hoho).. ok jom follow the story bout my niece reaction for the first time she met iphone! haha~


~AISY WITH MOM'S IPHONE~

location: at my home while her mother go to work..
time: in the fasting month, several days before eid..



"eh2 what the heck is this?!.. huhu"



"waaahh.. benda ni ada cahaya warna warni la! best2!!"



"fuyooo.. buat bantal peluk best gak kan!"



"eh2 ringan nya! leh diangkat dengan sebelah tangan je.. best2!!"



"tapi.. macam mana nak bukak benda ni?? ish3!"



"ARGGGHHH! still xleh nak bukak!! haishhh"



" ok fine! sy surrender.. benda ni xleh buka.. sangat x best!"




" minum susu lagi best! nyot.. nyot.. nyot.. nyot"


HAHA! ok thats my niece story..


p/s: entry utk raya maybe xde kot! hahaha.. as short, raya tahun ni sgt best sbb dpt duit raya byk! hoho.. tema baju biru, tapi pagi raya bangun lambat pastu ter-iron baju warna choclate! hahaha.. sangat mamai time tu ye kawan2.. ok! thats all bout my raya.. gambar raya? hehe.. still dlm fon mls nak upload! ngeeeee~

Friday, September 3, 2010

S.E.L.A.M.A.T .B.E.R.A.Y.A

Yeayyy!
masa untuk bersama family! hehe..
apa best sangat bersama family ni?
nanti keje rumah semua kita kena buat gak kan! huhu..
tapi bila bersama family, semua masalah kita hadapi terus hilang!
tu yang best tu.. hehe..
x pelik ke camne leh jadi macam tu?
ermm.. xkot! hehe..
sebab ubat tenang wanita ialah kanak2!
bila tengok kanak2 mesti tenang je.. best2!
(untuk certain wanita je ok! wanita yang bernama amira jamil x termasuk.. haha!)
SAYA SUKA KANAK2 SEBAB DIORANG BEST dibuli~
dont do this at home :)



So, sebelum saya terlambat, saya nak ucapkan
CELAMAT HALI LAYA! MAAP ZAHIR & batin~
ngeee!
p/s: JANGAN LUPA BACA DOA NAIK KENDERAAN SEBELOM BERTOLAK OK!

di airport sebelom pulang ke tanah air tercinta! hehe :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...