Monday, October 24, 2011

semuanya kerana facebook

kadang2 langit itu cerah, kadang2 langit itu mendung.

sama lah dengan hati kita.
kadang2 hati kita ceria, kadang2 hati kita sedih.
dan malam ni hati saya sangat sedih.
sedih sebab dah hilangkan kepercayaan awak terhadap saya.
semuanya disebabkan facebook.


hari ini awak marah saya.
awak langsung taknak dengar penjelasan saya.
awak cakap hati awak dah sakit.
sebab saya tipu awak.
saya cuba untuk beri penjelasan.
tapi awak tetap tak percaya.
dan ini lah initiatif saya yang terakhir.
cuma saya harap penulisan ini dapat menghidupkan balik kepercayaan awak dekat saya.

memang betul dulu saya pernah bagitahu awak saya deactive FB.
tapi hakikat sebenarnya, saya cuma block awak dari FB saya sahaja.
saya nak elak awak dari tahu kewujudan saya dalam FB.
sebab masa itu awak betul2 melukakan hati saya.
namun sampai satu masa, saya teringin sangat nak jenguk awak.
nak tahu perkembangan awak.
saya pun unblock awak semula.
tapi bila awak chat dan bertanya kemana saya selama ini, saya cuma bagitahu saya deactive FB sebab saya taknak awak terasa hati bila dapat tahu saya block awak.
itu dulu..


sekarang kita lain, perasaan kita pun lain..
kita tak seperti dulu lagi..
semalam saya delete FB saya.
atas alasan2 yang telah saya bagitahu semalam.
awak terima dengan hati terbuka.
namun, awak mula berubah sejak awak nampak saya aktif semula dalam FB.
awak terus cakap saya bohong.
tipu awak sebab saya cakap dah delete tapi masih online lagi.
awak marah sangat2 saya.
satu ayat pun awak dah tak percaya.
awak tengoklah cara saya delete FB semalam.

mula2 saya pergi ke security dekat account setting. klik deactive


pastu keluar list reasons. dan saya tick other with explanation "delete facebook".




lepas tu saya isi password saya.



then isi benda alah ni pulak.




Pastu terus FB hilang!
saya pun anggap FB saya dah delete.


pagi tadi, time awak tidur..
saya boring..
saya pon cuba la log in balik FB saya..



tiba2 tak sangka boleh pulak saya log in. rupanya2 process deleted saya semalam tidak berkesan... dan saya tak tahu nak delete FB macam mana..

saya harap awak boleh terima penjelasan saya..
saya tak tahu lagi nak cakap macam mana supaya awak percaya yang saya tak tipu awak.
sumpah saya tak tipu!


maaf andai penjelasan ini membuat awak sakit hati lagi
i'm sorry by my mistakes -__-


Sunday, October 16, 2011

hanya untuk awak

Andainya dapat engkau mendengarkan suara di hatiku melagukan rindu..

Kiranya engkau mampu mentafsirkan setiap bait kata-kata yang terucap...

Pasti dirimu kan memahami harapan kasih yang terbina sekian lama di sudut hatiku...

Hanyalah untukmu..

"Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa..

Namun bimbang diri kan terleka..

Hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita..

Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti setiap cinta yang dilafazkan

Bukanlah sekadar mainan tetapi sebuah janji.."


Pasti dirimu dapat melihat rahsia kasih yang terpendam..

Sekian lama di sudut hatiku

Hanyalah untukmu

Selamanya..


mahar cinta, devotees ;)


p/s: mungkin ayat2 ini dapat mengungkap segala yang ada dalam hati saya. terima kasih atas pengorbanan dan perhatian awak. percaya pada jodoh awak kerana Allah tak pernah menghampakan hambaNYA ;)

Saturday, October 1, 2011

Antara Dua Pilihan

fulamak! nak dekat sebulan tak update belog!
patut kawan2 aku bising.. ngeh2 sowiii ;P

ok fine! aku nak update la ni..
aku update pon korang just baca je.. bukan nak komen kan!
hattuih! haha ;p

hari ni saya nak cerita pasal pilihan antara dua ye kawan2

hidup ni tak boleh lari dari buat pilihan.
even kalau korang nak makan pun korang kena buat pilihan nak makan mende apa kan..
that same goes to me!
kali ni aku kena buat pilihan pasal tempat praktikal
sob2 ;(

fyi, next sem aku dah kena praktikal..
lambat kan aku praktikal.. malu pulak!
aku nak praktikal kat tempat2 yang boleh bg convenience kat aku...
so ada la beberapa tempat yang aku apply..
tanpa aku expect pon rupa2nya dapat 3 companies offer for me..
aku mula dah blur nak cari yang mana..

ada tu company yang memang dikenali ramai tapi sayangnya aku dapat department yang bukan aku nak,
ada tu company yang tak berapa nak dikenali tapi skop kejenya memang yang aku nak...
ada tu company yang ntah dari mana ntah aku dapat company ni tapi gaji dia fulamak macam orang keje tetap je...

aku blur... ntah mana satu aku nak accept..
bagi aku sume tempat best! aku blurrr....
kalau ikut family and lecturer diorang prefer aku amek company yang tak berapa kenali tapi skop keje tu sangat related dengan aku..
tapi kalau ikut naluri hati remaja aku ni ofkos la aku nak company yang hot tu.. tapi department expenditure account and analysis tu benda apa pulak?
adoii.. susah kan nak buat pilihan ;(

benda ni la yang asyik bercelaru dalam kepala aku...
kalau korang tengok aku macam termenung senyap diam tu maknanya aku tengah pikir la tu
haha


takpe la, last resort aku serah pada Allah je.. aku akan try buat istikarah..
hanya Allah yang tahu apa yg terbaik utk aku ;)

thanx for read yaw!

p/s: rindu budak2 convest.. kenangan terindah never forget yoo!


kak irma sangat sporting!







Wednesday, September 14, 2011

SEMUANYA SELAMAT

Selamat hari raya,
selamat berpuasa enam,
selamat menjawab upsr,
selamat kembali ke university,
selamat memulakan study,
selamat ber"program",
selamat dan selamat dan selamat!


hehe..
macam mana raya? ofkos la best kan! tahun ni keluarga kami raya kat terengganu..
havoc habis beb! 4 buah kete konvoi sekali.. for me, raya kat terengganu la paling best. WHY?

haha.. meh nak cite!
umah nenek aku kat gong pak maseh, kuala terengganu. dalam bandar gak la kampung ni. part aku paling suka part bukak puasa. kat kampung aku ni diorang masih mengamalkan cara tradisional untuk berbuka puasa taw (tradisional ker?) haha.. yang pasti, kitorang akan menunggu bunyi meriam yang dibedil oleh mereka yang berkuasa sebagai tanda waktu berbuka. haha.. pastu azan akan berkumandang lambat sikit la kan lepas tok imam dah siap makan! haha.. ok aku jakun sikit sebab kat umah aku takde benda macam ni..

pastu time di ambang raya.. aku paling seronok time pengangkat sumpah raja2 tu mengumumkan esok raya! haha.. oh bukan aku suka sebab dapat raya! tapi aku suka lepas je announcement tu kuar tv, langit umah nenek aku aku penuh dengan firework! shantek sangat... nak bagitahu betapa dekatnya mereka2 yang entah dari mana letupkan benda alah tu, sampai dapat dengar bunyi percikan api jatuh atas atap zink umah nenek aku.. hebat kan! umah ko ada ke? haha.. umah aku pon takde weh...



ok lastly, aku suka time pagi raya. biasanya aku akan follow bapak aku gi solat kat masjid rusila! haaa.. ko tahu ke masjid apa tu? google ar sendiri! teka la sebab apa aku suka gi masjid ni? ........
sebab khutbah dia best! gertak! sentap jiwa aku dengar khutbah dia... khutbah raya dia mengumpas kembali sejarah2, nasihat2, peringatan2... ni bukannya khutbah dari teks yang kerajaan bagi tiap2 masjid time nak raya ni.. ni teks lain dari yang lain.. yang dibuat dari hati seorang hamba yang takot dengan Tuhannya.. korang try la sekali dengar khutbah kat situ.. lembut je hati korang lepas ni...



nanti korang ada masa, datang la merasai sendiri pengalaman beraya di terengganu.
sekarang ni kan dah jadi trend beraya kat negeri orang lain semata2 untuk merasai kebudayaan mereka. sampai full hotel nak book! haha

k la, aku kena chow.. manyak lagi keje mau selesai ma!
ingat! ALLAH MAHA ADIL ye kawan2..
have a nice day~ ;p

Sunday, August 14, 2011

Terawih zaman kanak-kanak

hari ni aku terbaca surat khabar sinar. tiba2 pulak ada section cakap pasal pengalaman terawih time kanak-kanak.. haha.. guling2 aku ketawa baca pengalaman sorang-sorang..

  • "Pernah terlelap waktu sujud, siap orang dah bagi salam, pakcik kat sebelah tolong kejutkan cakap 'dik, dah masuk witir ni, lama lagi ker nak sujud?'"

  • "Kalau terawih paling suka waktu witir, time imam angkat takbir solat witir, kita terus letupkan mercun tepi surau sebagai tanda terawih dah habis, waktu makan moreh pulak!"

  • "Waktu baru belajar pakai kain pelekat, beriya pegang bahagian depan kain time solat sebab takut terlondeh. sekali masa rukuk baru perasan yang bahagian belakang dah paras bawah punggung daaa.. haru beb!"

  • "Kes sembunyi kuih moreh dalam songkok, bila nak rukuk sekali tergolek ondeh-ondeh kat makmum sebelah, nasib baik makmum sebelah tu pakcik, tapi nak cover terpaksalah dia gelak sikit waktu sujud"

HAHA.. macam2 ragam terawih waktu kecik2... nak tercabut gusi aku ketawa baca pengalaman diorang.. haha.. pengalaman aku pulak time terawih biasa je.. aku budak baik dulu2, takde nya nak sembunyi kuih dalam telekong ke, nak main mencun ke.. tapi aku selalu solat terawih 2 rakaat je.. pastu aku duk belakang main lompat-lompat ikut corak carpet surau! haha.. see bagus tak aku? cute je lompat-lompat ;p




ok! masa untuk memasak..

p/s: apa pengalaman korang pulak? jom share! ;)

Hari Kidal Sedunia ;)

ini tak boleh jadi! tak boleh jadi!

aku terlambat satu hari nak sambut HARI KIDAL SEDUNIA!

alaaaa......

tu la semalam busy dengan shopping padan muka [i_i]

pape pon, aku nak meraikan gak


13 OGOS HARI KIDAL SEDUNIA..

haha..


owh kidal.. susah kot nak jadi kidal! dalam family aku, aku sorang je kidal.. aku pernah gak nak try didik adik aku jadi kidal tapi cikgu tadika dia tak bagi! hancur harapan nak ada member kidal dalam family ;(





tapi time aku kat matrik dulu, kelas aku dalam 5 orang kot kidal! kalau tulis kt white board memang kekok la.. aku ingat lagi time kelas math dulu, beriya gila aku ketawa kat kawan aku yang kidal sebab tulis kat white board macam nak pusing board tu 180 darjah je, siap dengan kepala2 sekali lintok! aduyai... malangnya, sekali aku pulak yang kena wat jalan kira kat board. kali ni diorang bukan je ketawakan aku sebab aku tulis macam nak pusing board tu 180 darjah tapi diorang turut ketawa sebab aku tulis paras2 perut diorang je. madam aku nak tengok jawapan aku pon terpaksa tunduk.. haha..




ada sesetengah orang kidal ni dia guna tangan kiri je wat sume keje. tapi aku bukan kategori tu. aku buat keje boleh guna dua2 belah tangan. bila aku rasa penat tangan kiri, aku guna tangan kanan. tapi biasanya tangan kiri la yang aku guna lebih masa sikit! contohnya macam masak,gosok baju, gosok gigi, potong sayur, angkat tangan, bla,bla,bla.. tapi kalau menulis aku jarang guna tangan kanan, so tulisan aku macam budak baru pandai menulis la kalau aku guna belah kanan. haha.. tapi ada satu benda je yang aku kena buat guna tangan kanan, takleh tangan kiri.. iaitu menjahit! haiyaaa... ini menjahit guna machine taw, kalau jahit guna tangan dua2 tangan leh guna. and satu benda aku kena buat tangan kiri takleh guna tangan kanan iaitu basuh poo2! hehe.. bagus tak tangan2 aku, banyak berjasa dengan tuannya.. syukur Alhamdulillah!





bila kita ada kawan kidal mesti ramai yang assume budak kidal pandai math. betol ke? ermm... mengikot kajian aku la kan (haha.. dan2 je).. ramai gak kawan aku kidal yang terer math, tapi yang normal pon lagi ramai yang teror! haha.. ntah la.. bagi aku kalau teror tapi tak usaha, malas tengok buku, asyik nak update status kat fb setiap 2 mins pon takde guna nya gak! haha.. usaha sikit pon dah berbaloi daripada tak usaha langsung sebab rasa diri kidal and teror math (hatuih!)





btol ke tulisan orang kidal cantik? jujur aku cakap... tak cantik pon tulisan aku! haha.. tapi mak aku cakap tulisan aku cantik.. yang tu aku tak tahu la mak aku jujur ke tak.. haha.. tulisan kawan2 aku yang normal lagi cantik.. dah macam2 bentuk aku tengok tulisan diorang! ada yang bulat, yang empat segi, yang tajam2, yang macam nak tak nak kuar dakwat pen pon ada.. lantak pi la nak tulis camne pon janji paham.. kalo tulisan aku nak cakap cantik, cantik la gak sebab cikgu tadika aku cakap tulisan aku macam tulisan doktor. haha. nak2 kalau time nak jawab esei time exam bila nak hujung2 tanduk dah masanya, haaa bukan setakat doktor lagi dah. dah macam anak murid imam shafei dah aku rasa. sampai tumpah2 dakwat punya la laju menulis, dah macam boleh tulis guna tangan sebab banyak sangat dakwat pen tumpah.. haha..


credit to: vivyanrinusin.blogspot.com



ok la, aku dah penat berceloteh! time puasa2 macam ni tak elok cakap banyak. kurus pahala puasa nanti. haha..

p/s: Dalam dunia ni byk gak org bijak pandai, pemimpin negara, tokoh terkenal yang adalah kidal belaka contohnya saidina umar, bill gate, alexander the great, oprah, albert einstein, obama.

aku cerita, kita amek iktibar okei ;)

Friday, August 12, 2011

Anniversary yang ke-28

salam jumaat peeps ;)

hari ni hari ke 12 kita berpuasa, jumaat yang kedua dalam bulan ramadhan dan jugak merupakan hari lahir my big bro, Saiful Islam Ismail yang ke "18" dan jugak lagi sekali merupakan ulangtahun perkahwinan my parent, Tuan Haji Ismail Mohd Amin with Che Norlia Abdul Rahman yang ke 28! Subhanallah. (baca dengan sekali nafas)



pergghh! cepat btol masa berlalu.. pejam celek, pejam celek laa dah 28 tahun mak ayah aku berkahwin.. dulu perkahwinan yang ke 8 baru ada 5 orang anak.. pastu perkahwinan yang ke 18 pulak tambah lagi 4 orang anak.. sekarang perkahwinan yang ke 28 takde anak dah yang bertambah tapi cucu pulak sekali gedebuk 3 orang.. haha.. banyak asam garam yang dilalui, nak2 time dah nak monopaus ni kan! mak kuat terasa hati, ayah pulak yang pujuk dalam diam.. tu la kita perlu cari laki yang penyabar ye untuk kekal lama.. Subhanallah. sangat kagum dengan mereka!


apa ingat senang ke nak hidup lama dengan pasangan masing2? nak2 zaman globalisasi teknology sekarang ni, dah jadi trend dah tunang, putus, saman malu RM1juta! boleh jadi kaya eden kalo gitu la lagunya.. apa taknya, jadi tunang orang ni banyak dugaan.. time nak tunang la tiba2 pulak crush2 yang dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, university datang mencari kamu balik.. haa dugaan bukan itu? pastu dah jadi tunang orang mula la pempuan2 kena pupuk ciri2 wanita berkelayakkan! ingat senang ke nak jadi bakal isteri orang ni ha? kena pandai masak, kemas rumah, basuh toilet, sahur kena bangun masak gak.. pastu bukan tu je, bila jadi tunangan orang mula la yang laki warning, "jangan cite psl mana2 laki pon dengan i!".. si pempuan pon sama gak jelousnya, "u cakap pasal pempuan, kita putus!".. see banyak tak dugaan nya? kalo takde dugaan, takdenya Ally Iskandar and Apex putus tunang! haha..

ni baru cakap pasal tunang, belom lagi cakap pasal kahwin, ada anak, nak kawen kan anak, ada cucu... haishh dugaan2!! dah aku malas nak cite panjang2, aku nak gi solat subuh lu!


Aku cerita, kita amek iktibar sama2 yek! ;)

p/s: moga mak saya menjadi permaisuri untuk ayah saya di syurga nanti. and to my bro, moga kenduri kawen kita bukan pada tarukh, tempat dan masa yang sama. amin!

p/s/s: ermm.. nak masak apa ek special for this day?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...