Monday, December 20, 2010

plan within 2hours :)

boring?
haha...
itu perkara biasa untuk student2 universiti yang baru seminggu masuk sem.

bagi saya, even saya busy banyak keje tapi perasaan bosan tu tetap ada.
huh! busy pon bosan, tak busy pon bosan~
aishhh.. manusia2 :(



haha.. membebel lak ai!
ok, sebagai manusia yg cepat bosan.
saya and kawan2 suka cari tempat yang dapat meng"happy"kan kami.


SO...

tempat paling menghepikan kami untuk minggu ini ialah....
ZOO!!


ada style tak?
agak2 berapa ramai boleh kembang idung
besoo macam tu??

ala mucuk2! sweet nya rimau ni~
haha...
my feveret animal..
panda :)


whoaaaa!! zoo sangat best~
tempat saya belajar ni pon tak jauh sangat dengan zoo.
hehe~
tapi masalahnya sekarang, tiket untuk masuk zoo rm20/adult!
adoii.. dah la duit tak masuk, entry fee mahal lak!
(kang ada gak menyamar jadi kanak2 kang!)
kacau mood betol la :(

dengan itu, kami pergi membawa diri jauh dari zoo dengan hati terluka :(



ermm....



drive punya drive punya drive...
(dari jalan MRR2 tu kami jalan terus sampai hujung dunia, semua tol kami bedal!)
haha.. kitorang tak tahu pulak penghujung highway tu shah alam.
sampai je shah alam, nampak pulak i-city~

hehe..
so conclusion nya:

tempat paling menghepikan minggu ini ialah:
I-CITY :)



disebabkan tak merancang langsung nak pegi i-city.
kami just tangkap gambar dengan menggunakan camera enset jenama samsung sahaja..
hows the quality?
ermm... tengok la sendiri quality gambar2 kami tu~
(without edit)


mira ckp gambar ni buruk la!
haha


lubang idung minah ni dah nak dekat sama dengan yg atas tadi~
haha


ghah begitu seronok memeluk batang pokok ye~



tak tahu la apa motif amek gambar kat kuda palsu ni..



tiru gaya saya!
konon nya nak buat tiup buah sampai bercahaya la~

ghah cuba tiru gaya gambar kat atas..
haha... kurang sama ye ghah!
sila cuba lagi :)

patulan cahaya yang membuat cermin mata mira jadi kaler merah!
wani pandang dengan pandangan yang kagum~
haha


sekali lagi ghah cuba tiru gaya gambar diatas lagi sekali~
kurang bercahaya ye mata tu ghah!
sila cuba lagi :)


ok! dah penat~
cukup sampai disitu sahaja ye...
hahaha


sekian.. mekaceh :)


Sunday, December 19, 2010

Road to Kedah: Bakti Disemai, Budi Dituai

hari ahad yang sangat free :)
so dpt gak nak update blog.. yeayyy~




minggu lepas saya "bernasib baik" menjadi salah seorang daripada 100 pelajar yang join program baktisiswa ke kedah anjuran kolej sumayyah, kolej ali and kolej bilal.
tema program kami : ROAD TO KEDAH ~ BAKTI DISEMAI BUDI DITUAI ~





program anak angkat selama 4 hari ni bertempat di kampung tepi sungai, kuala muda. istimewanya kampung ni kerana pasar bisik2 ikan (ye kot nama dia cmtu).. hehe kampung ni betul2 dikawasan yang terkena tsunami pada 26/12/2006. nak tahu cerita tsunami and pasar bisik2 ikan? follow la cerita kat bawah ni dulu nanti ada la selit cerita2 tu :)...




ini keluarga angkat saya.
nama abah mat jais (macam nama artis gitu! hehe)
nama ummi pulak azarilla. ummi berasal dari kelantan.
abah pulak berasal dari kuala muda ni je.
kami beruntung dapat family ni sebab anak diorang semua pempuan. hehe.
yang kiri duduk pakai tudung purple tu kak long (nurul syazwani mat jais).
yang berdiri kat belakang pakai tudung bintik2 tu kak ngah (nur syazwana mat jais)
yang duduk kanan sekali tu asikin (anak ke3)
lastly yang paling kuat menjerit, kanak2 yang duduk tepi ummi tu,
namanya nur ayu anis (si bongsu)

nmpak je sempoi family ni tapi abah ada bot sendiri tau!
cayak la abah :)



first day:


abah and ummi sangat baik. sampai je rumah, diorang bagi makan mee bandung!
pergghhh udang gila2 besooo..
hehe..
pastu kitorang gi memancing :)

ummi cakap tempat ni sebelum tsunami hutan and perumahan orang.
tapi lepas tsunami tengok la jadi cmne tu.
huhu..
tiba2 lak ada sungaikan. tapi ikan ni untuk pelihara je ye!
air kat sungai ni sedikit kotor la.. hoho



second day:


hari kedua kitorang ada aktiviti bersama kanak2..
hehe..
sebagai fasilitator yang tak bertauliah..


sila daftar diri ye adik2.. nanti tak dapat hadiah :)


ni masa nak tengok skill adik2 presentation..
hoho~
hebat! sikit pon tak ada loghat kedah.. haha


binatang apa yang paling tak suka?
anjing!!
hoho.. tapi nape comel sangat anjing tu?




kakak2 fasi pon nak main game gak...
tarikkkk!!



ok! mereka bukan gay ye.. mekaceh =)



aktiviti luar pulak ye...
kita baling belon!! hehe
cian la kat mereka yg rendah...



ish3.. pening mila nak ajar budak2 ni main belon..
still tak paham!!
haissshhh...




penat melayan budak2 yg seronok membuli fasi!
takpe2..
diorang dalam dewan,
kitorang kat luar curi basikal diorang main round satu kampung!
haha



dah abis dah~
apo kono ejang? sume angkat ketiak ni..
BUSUK2!!



fasilitator semua busy melayan kanak2 kat dalam dewan..
peserta lain pulak kena gotong royong satu kampung..
hehe :)




pulun abis2 ye makcik2!
hehe


.........................................................................................................
petang tu lepas habis LDK, abah pon baru balik dari keje.
abah ajak kitorang naik bot!
baik sangat abah... tak rasa penat melayan kami kanak2 dewasa :)


cian kepala abah nampak separuh..
hoho.. tu la tinggi sangat! haha





tiba2 lak ada pakcik2 nak tumpang kan.. ish2
dah macam pedatang asing dah tengok sorg2~




lepas abis naik bot, kitorang tak balik lagi...
ktorang adik beradik pegi cari kepah wooo!
hehe..

ni penglaman yang best sangat!
kepahhh... oooo kepahhh! mana mau sorok haa!!


budak kecik ni cakap: "kepah banyak kat celah2 batu la!"
korek2!!



hasil dari carian adik beradik..
tapi ummi cari lagi banyak!
sekali korek dapat..
kitorang cari dari hulu ke hilir tapi dapat 2 ketul je..
haha

..............................................................................................

alamak hari dah senja!
so kami terpaksa balik umah..


tapi malam tu kitorang pegi pantai merdeka lak...


hoho.. jalan sakan na!


third day:

disebabkan semalam dari pagi sampai malam aktiviti kitorang,
hari ni kami bangun lewat!
haha.. penat seyh!
kitorang ter"missed" satu aktiviti yang patut kitorang join..
mintak maaf PC :)


tapi kitorang tak bazir masa kitorang dengan tido je!
kitorang pon ada aktiviti sendiri gak~ hehe
zaaassss!!


ni muzium tsunami..
tapi tak siap lagi!
haha.. kitorang masuk pon masih lagi dalam proses..
so kitorang amek gambar kat cermin itam ni jela~
hoho..



haaa! ni lah tugu tsunami..
bekas tapak rumah2 orang yang kena tsunami..
sekarang dah ada tugu disitu~
ketua kampung ni pon mintak kitorang doa moga diorang pon boleh pindah jauh sikit dari persisiran pantai.
cian diorang... bila la kerajaan nak bawak diorang pegi lak.. ermmm



ni lah rumah yang hancur disebabkan tsunami.
rumah ni betol2 tepi pantai.
sekarang dah tinggal rangka dah.
tapi yang peliknya, toilet dia tak hancur pon!
still boleh diguna. siap ada kolah kecik lagi~



tengok la kitorang duduk atas siput2!
haha..
kalau kat pantai timur, kat persisiran pantai dia penuh dengan pasir.
tapi kat kawasan ni persisiran pantai dia penuh dengan kulit2 siput!
lawa sangat..
tapi kadang2 terfikir gak benda ni ada kait tak dengan tsunami.
maybe ada kot!




kitorang diatas batu yang tinggi!
hehe..
belakang tu laut.
tapi time ni air tak pasang lagi~
kalo air dah pasang ada gak tinggi dia paras batu ni.. seram :(



sebab air tak pasang, kitorang pon ambil kesempatan main lumpur!
haha..
melekat2 kaki dalam lumpur..
ada yang kaki terkena sepit dengan ketam la..
ada yang dapat kepah la..
hadoii! macam2 perangai... penin2~



dalam tak lumpur tu?
kitorang pegi sampai paras lutut..
haha.. pastu dah scary sebab lumpur ni ala2 menyedut kaki!



family mira pon datang sekali..
penat main lumpur, pegi muzium..
kitorang pon melahap ramai2!
mihoon goreng mak mira superb!
udang beso2 =)

.........................................................................................................................

penat beraktiviti sendiri bersama kanak2..
petang tu sekali lagi aktiviti sendiri bersama kanak2 and orang dewasa~


SUKAN RAKYAT!!


burung2!
cepat sikit lambung belon air tu..



wah! ni game paling best ni..
kotak terbang!
haha~
dah macam ufo dah pon tengok



aktiviti kanak2 dewasa...
langkah besar2 sikit kalau nak menang!
jangan terkoyak seluar sudey :)




ni lah game nenek kebayan..
hehe
mak angkat and anak angkat perempuan sahaja boleh involved ye..
cian kat mak angkat yang tak ada anak angkat perempuan.
terpaksa cari anak angkat tumpangan :P

............................................................................................................................................

penat sukan rakyat tak habis lagi..
kitorang ada ceramah maal hijrah and diner malam tu~
hehe...
dinner yang sangat best!


laksa oooo laksa!
awat pedas sangat ha???



kitorang makan laksa dengan ikan goreng celup tepung..
fuyooo! tak pernah dimakan, tapi kat sini kami cuba makan..
hehe



tak lupa untuk comitee yang involve dlm persembahan malam tu..
mantap ar cite korang :)



last day:

sob2..
kejap je dah ari terakhir kami disini...
sedey2...

pagi2 lagi ummi dah siapkan makanan utk kami bawak balik ke uia..
mekaceh ummi and abah...
kasih sayang diorang bagikan "no discrimanation" antara anak sebenar dan anak angkat.



kami dengan abah.
(mak aih kuning nya!)
patut la line digi clear je kat umah~



kami dengan ummi dan adik beradik :)


haa!!
mereka yang terlibat..
cepat zoom2!!
mana la tahu ada yang berkenan kan..
hahaha~


P/S: sori tak sempat nak pegi pasar tengok diorang niaga ala2 bisik2 ikan.
overall, bisik2 ikan tu sebenarnya peniaga2 yang jual ikan kat pasar tu niaga dengan gaya membisik je. pembeli yang datang nak beli boleh la bisik ke telinga beliau ye. pembeli yang letak harga paling tinggi dikalangan pembeli yang lain akan dapat la ikan tersebut! haha.. unik kan? ala2 bargain la.. jadi peniaga kat sini tak ada la bising macam kat pasar biasa.. penat je peniaga pasar biasa menjerit kuat2 "LIMA YA SEKILO! LIMA YA SEKILO!", tapi kat pasar kuala muda ni cool je tak payah nak memekak dah ada orang nak beli :)



THE END :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...