Wednesday, November 24, 2010

.: Hari Raya Haji di Mekah :.

agak-agak sempat lagi tak nak wish hari raya haji? hehe... lambat betol updatekan!

tapi tahun ni ada sedikit masalah dengan tarikh raya kan?

ish3... Malaysia raya lambat dari negara lain. macam mana tu? sah ke raya kita tahun ni?
hoho! banyak lak tanya..

tahun ni malaysia raya jatuh pada hari rabu, sedangkan negara lain macam brunei, indonesia, singapore dan negara islam lain dah raya pada hari isnin sebab hari ahad lagi orang dah wukuf di arafah. hayok! sekarang dah timbul kekeliruan. oleh sebab itu, majlis agama islam pon keluar la kenyataan yang kita raya ikut anak bulan or kaedah hisab ataupon rukyah.tu la kita lambat raya. certain country pulak ikut kaedah perbuatan iaitu dengan melihat bila orang dah selesai wukuf sebab dengan terbenamnya matahari pada 9 zulhijjah pada masa tu orang yang buat haji akan ke muzhalifah untuk melontar di mina, time tu dah jelas kita dah beraya la kan. tapi bagi saya la kan kenapa malaysia tak ikut je macam negara lain. kalau dengan alasan waktu yang menyebabkan kita kena guna kaedah rukyah or hisab, saya rasa tak ada la beza sangat waktu malaysia dengan tanah suci sampai 2 hari kot gap nya. tapi tak salah pon guna kaedah mana2 pon, kita kena yakin jela dengan ibadah yang kita dah buat. moga Allah menerimanya. yang penting umat islam bersepadu! hoho.. hopefully after this malaysia dont do like this again. masyarakat akan kurang percaya dengan kerajaan lagi.



ok2! enough2... itu bermakna ilmu sangat penting..
bila kita ada ilmu, no more keraguan yg ada pada diri kita...
betol x?


tahun lepas my parent beraya kat mekah!
perghhh... seronoknya..
bila la saya dapat pegi kan....
mak saya cakap,
"mak nak anak2 mak pegi buat haji dengan spouse masing2..
umrah je boleh pegi dengan mak n abah ye!"..
huaaaa... mengapakah???
sebab... bila gi ramai2 nanti tak khusyuk nak buat ibadah...
kalo g ramai2 pastu pandai jaga diri xpe gak kan..
ni sikit2 nak gi toilet! (ok.. itu satu keperlian utk saya.. dush2!!)



jom layan gambar kat mekah.. tengok gambar2 ni rasa sangat teringin nak pergi!!



tengok la berapa ramainya orang yang tengah tawaf..
subhanallah!
korang pernah tak terfikir kenapa askar2 amerika sangat takot dengan budak kecik palestin yg hanya mampu membaling batu je kat diorang?
sebab diorang tahu sebutir batu kecik yang dibaling, kesakitannya ibarat lebih dari tenaga nuklear yg diorang cipta. hoho! betapa besarnya kuasa Allah sampai macam tu takot orang kafir kat orang islam kan... tapi tu la tak ramai remaja islam yang ambil tahu :(
*gambar ni diambil dari tingkat 3 masjidilharam


ni tong air zam2.. tong air zam2 ni ada yang sejuk ada yang x..
haha.. ini la tempat yang saya suka sebab air dia best..
air zam2 yang rasa kat malaysia x sama dengan air zam2 yang baru cedok dari periginya..

saya ada 1 cerita yang nak share pasal air zam2 ni :)

Alhamdulillah saya pernah berpeluang untuk buat umrah masa tingkatan dua
kita pendek kan cerita ok...
masa tu kat masjid nabawi, waktu giliran perempuan untuk masuk ke raudatul jannah..
raudatul jannah tu tempat makam rasulullah.
for the first time saya tengok makam rasulullah, saya tiba2 rasa sedih..
tapi saya cuba tahan dari menangis sebab terlalu ramai sangat orang kat situ nanti ganggu pulak orang yang nak buat ibadah..
lepas dah baca doa kat makam nabi n sampaikan salam dari kawan2..
saya pon undur ke belakang untuk buat solat sunat..
time sujud terakhir air mata saya mengalir macam hujan!
tapi sampai sekarang saya tak boleh ungkapkan dengan kata2 kenapa saya bersedih..
cuma satu je, perkataan yang terlintas dalam hati saya masa pertama kali pandang makam rasulullah, "Ya Allah rasullullah dah tak ada. siapa lagi yang boleh bimbing kita?"
itu yang membuat saya takot dan sedih...
air mata saya mengalir macam hujan lebat! time tu saya risau gila.. kenapa teruk sangat air mata ni keluar.. lepas dah abis solat saya duduk kat satu sudut untuk baca yasin dengan harapan hati makin tenang n air mata saya berhenti.. tapi habis je baca yasin air mata still tak berhenti lagi! mak saya and rombongan lain dah heran kenapa teruk sangat saya menangis sampai hingus meleleh, dada tercungap2.. Hehe.. then mak pon ajak keluar dari raudatul jannah and bertembung dengan ayah saya. ayah mintak mak biarkan saya sorang2 untuk tenangkan diri. so tinggal la saya sorang2 dalam masjid nabawi tu. saya pon pegi kat tong zam2 then basuh muka sambil doa moga Allah tenangkan saya..
lepas tu subhanallah air mata saya terus berhenti, hingus kurang n dada dah tak sakit sebab nangis.. sangat2 menakjubkan, cepat sangat termakbul doa dengan air zam2. so siapa yang minum air zam2 tu mintak la doa moga Allah bersihkan hati kita yang makin berkarat ni.


ini lah dia masjid nabawi..
yang kubah hijau tu lah tanda tempat makam rasulullah :)


ini di ladang kurma Saidina Ali yang punya..
hehe



ni pulak kilang al-quran..
nampak tak berapa banyaknya al-quran yang diorang proses..
siapa yang datang sini akan dapat free satu al-quran..
my father pernah dapat free al-quran besar..
sangat besar! besar meja makan untuk 4 orang.. Tapi kilang ni orang laki je boleh masuk, orang pempuan sila tunggu diluar ye :)
hehe



ini pulak kat bukit magnet!
hehe.. masyaAllah.. sangat menakjubkan..
kereta yang lalu kat bukit magnet ni semua jalan sendiri..
korang xpayah susah2 nak tekan minyak..
cuma lambat sikit la dia bergerak!
hehe... seronok kan!
ini time tunggu bas untuk ke arafah..
time ni mak cakap tunggu bas punya la lama...
dari lepas asar sampai la isyak baru ada bas..
perrrgghh!
yg pakai cermin mata hitam tu adik nik aziz..
eh ke abang nik aziz? haha
ntah la.. tapi adik beradik nik aziz la!
hayoyo~ makin menjadi2 lak pelupanya :P
yang berkemah kat lereng2 bukit ni biasanya foreigner dari afrika..
diorang kan mana ada agen macam tabung haji..
so kalau nak buat haji kena la pandai2 sendiri..
sampai ada yang datang dengan naik basikal je tau! 9 bulan kot naik basikal untuk sampai ke mekah untuk buat haji.. tengok lah betapa hebatnya iman diorang.. tak pernah merunggut..
tapi kita macam mana lak? huhu...



ok la setakat sini je la kita share gambar..
macam mana teruja tak nak pergi mekah?
ambil lah peluang yang ada untuk pegi sana..
banyak benda yang menarik lagi..
pakej kot kalau pegi mekah.. boleh buat ibadah sekali dengan melancong!
hehe.. kira 2 in 1!
yang penting niat ok!

last word: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
MAAF ZAHIR BATIN YE :)

Sunday, November 14, 2010

Kerana kesilapan lama!

baru2 ni saya ada dapat emel dari kawan. dia forwardkan 1 keratan akhbar tentang sorang pempuan yang tengah cari 2 rakan nya untuk mintak maaf dengan kesalahan dia buat time dia belajar kt ipt dulu. korang klik la kat gambar bawah ni untuk baca apa yang ditulis. saya tak reti nak cite tapi benda ni sangat memberi iktibar ok! keratan ini diambil dari mingguan wanita, 2009




P/S: korang buat la conclusion sendirinya lps baca :)

Saturday, November 13, 2010

TAMBAH 1 TAHUN :)


semalam 12 nov tepat pada pukul 8.23pm,
sudah lengkap 21 tahun saya hidup kat dunia ni.
tua dah rupanya!

bila imbas balik 21 tahun lepas..

time tu mak saya tengah berdebar nak keluarkan saya dari kepompongnya. mengikut cerita mak saya, saya senang je keluar. maybe sebab saya dah bosan kot duk lama2 dalam kepompong! haha... disebabkan kebosanan itu, saya keluar dulu sebelom doktor datang. mujur ada mak bidan.

tapi tu cerita 21 tahun yang lepas. haha.

macam mana lak 21 tahun selepas itu?

untuk tahun ke-21 ni, seperti biasa la birthday wajib jatuh time tarikh exam! saya tahu UIA sangat sayang saya (-_-). tema bufday tahun ni keharuman dan kewangian! haha.. tema tahun lepas pantun! adoi2.. macam2 la kan kawan2 punya idea nak sambut bufday. penat gak nak melayan tapi tu la kawan2 saya sangat gila2! pape pon korang sangat happening.


kek secret recipe got from syazana! haha..
beliau cakap cake ni represent dia yang time tu dah ada kat rumah.
kerana kek sepotong ni la amira jamil terpaksa membuat pengakuan maut!
haha.. that really funny~

"time tu saya, amira and leya study sama2 kat bilik tv for tomorrow paper, tiba2 syazana (my roomate) mesej mira.. mira mula2 dapat mesej syazana dia macam terkejut and lantas mulutnya berbunyi; "eh syazana mesej la.." time tu saya dah pelik dah.. syazana mesej amira? WEIRD! tiba2 mira cakap syazana bagitahu dia dah balik rumah! time tu rasa macam nak belasah je syazana, susah sangat ke nak mesej bagitahu kat saya sendiri yang dia dah balik! berapa jam pastu tiba2 mira cakap dia nak pegi jumpa abang dia jap ambik barang. lepas je mira jumpa abang dia, saya banyak gila soalan tanya; "barang apa abang bagi?" "nape abang tak bagi nanti je?" "bukan ke nanti balik dengan abang gak?".. mujur mira sorang yg tenang.. abis semua soalan saya dia belasah jawab sampai saya pon percaya la.. haha.. muka gila innocent time tu! pastu dalam kul 10pm kitorang balik bilik. even kitorang duduk blok lain2 tapi biasanya kitorang balik sama2. tapi kali ni mira dia nak balik awal sikit sebab nak jumpa roomate saya, zaty. dalam kul 12 lebih, tiba2 zaty mandikan saya dengan bedak wangi dia and then hulurkan kek kat atas tu! haha.. time tu la zaty cerita segala2 nya~ rupanya abang mira selama ni adalah syazana.. tak sangka abang mira perempuan rupanya.. haha.. thats cool!"


ok! penat bercerita! hehe

next...


i got unexpired cake from asyraf rosli!
haha..
thanx alot dude~
beliau bagi time keluar exam hall
dia cakap dia lukis benda ni time instructor said please stop writing!
haha.. thats funny.. nak tengok dengan jelas dia tulis apa, klik la gambar atas :)



ok! sangat penat tulis.. cukup la ye benda ni je cerita~
banyak lagi nak share hasil kreatif kawan2 saya tapi maybe next time :)



before i end my writing..

BIG HUGE TO:
  • MY LUVLY FAMILY (abah, mak, kak long, abang long, aisy, abang epul, abang hayat, kak eja, abang kimi, kak arah, islah, fera, aya and awi!) -for the big present! :)
  • SYAZANA ABDUL HALIM -for the lovely cake and wish
  • AMIRA JAMIL -for the pantun menghancur mood!
  • NURIZZATI ROSNI -for mandikan bedak :)
  • ASYRAF ROSLI -for the unexpired cake
  • ADILAH HAMID - for the 1st person wish in phone :)
  • LAILATUSSA'ADAH JOHARI -for the last person wish in phone
  • NUR ASILAH -for the last wisher that post in my fb's wall
  • SYABAB -for the 1st person wish in my fb's wall
  • ZAHIRAH DAHRIA MOHAMED BASRI -for taknak wish! hehe
  • ALEYA AZHARI -for the laugh! hehe
  • SYUHAIDAH SOAIB -for the double wish (exam hall + fb's wall)
  • NIK MARHAN, ASWADIL AMIN, KHAIRI AZMI, AMIN MAKRUF, MUHAMMAD FIRDAUS ABD HALIM, RAJA SITI AFIQAH RAJA AZMI -for the double wishes (at phone + in FB)
  • ALL MY FRENS AT UIA, SMKAKA, SMATAF, IRSYAD (sori tak larat nak mention nama semua.. sangat ramai.. takpe yang penting i'm proud to be ur frens) - thanx for the wish and recognition! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...