Sunday, August 14, 2011

Terawih zaman kanak-kanak

hari ni aku terbaca surat khabar sinar. tiba2 pulak ada section cakap pasal pengalaman terawih time kanak-kanak.. haha.. guling2 aku ketawa baca pengalaman sorang-sorang..

  • "Pernah terlelap waktu sujud, siap orang dah bagi salam, pakcik kat sebelah tolong kejutkan cakap 'dik, dah masuk witir ni, lama lagi ker nak sujud?'"

  • "Kalau terawih paling suka waktu witir, time imam angkat takbir solat witir, kita terus letupkan mercun tepi surau sebagai tanda terawih dah habis, waktu makan moreh pulak!"

  • "Waktu baru belajar pakai kain pelekat, beriya pegang bahagian depan kain time solat sebab takut terlondeh. sekali masa rukuk baru perasan yang bahagian belakang dah paras bawah punggung daaa.. haru beb!"

  • "Kes sembunyi kuih moreh dalam songkok, bila nak rukuk sekali tergolek ondeh-ondeh kat makmum sebelah, nasib baik makmum sebelah tu pakcik, tapi nak cover terpaksalah dia gelak sikit waktu sujud"

HAHA.. macam2 ragam terawih waktu kecik2... nak tercabut gusi aku ketawa baca pengalaman diorang.. haha.. pengalaman aku pulak time terawih biasa je.. aku budak baik dulu2, takde nya nak sembunyi kuih dalam telekong ke, nak main mencun ke.. tapi aku selalu solat terawih 2 rakaat je.. pastu aku duk belakang main lompat-lompat ikut corak carpet surau! haha.. see bagus tak aku? cute je lompat-lompat ;p




ok! masa untuk memasak..

p/s: apa pengalaman korang pulak? jom share! ;)

Hari Kidal Sedunia ;)

ini tak boleh jadi! tak boleh jadi!

aku terlambat satu hari nak sambut HARI KIDAL SEDUNIA!

alaaaa......

tu la semalam busy dengan shopping padan muka [i_i]

pape pon, aku nak meraikan gak


13 OGOS HARI KIDAL SEDUNIA..

haha..


owh kidal.. susah kot nak jadi kidal! dalam family aku, aku sorang je kidal.. aku pernah gak nak try didik adik aku jadi kidal tapi cikgu tadika dia tak bagi! hancur harapan nak ada member kidal dalam family ;(





tapi time aku kat matrik dulu, kelas aku dalam 5 orang kot kidal! kalau tulis kt white board memang kekok la.. aku ingat lagi time kelas math dulu, beriya gila aku ketawa kat kawan aku yang kidal sebab tulis kat white board macam nak pusing board tu 180 darjah je, siap dengan kepala2 sekali lintok! aduyai... malangnya, sekali aku pulak yang kena wat jalan kira kat board. kali ni diorang bukan je ketawakan aku sebab aku tulis macam nak pusing board tu 180 darjah tapi diorang turut ketawa sebab aku tulis paras2 perut diorang je. madam aku nak tengok jawapan aku pon terpaksa tunduk.. haha..




ada sesetengah orang kidal ni dia guna tangan kiri je wat sume keje. tapi aku bukan kategori tu. aku buat keje boleh guna dua2 belah tangan. bila aku rasa penat tangan kiri, aku guna tangan kanan. tapi biasanya tangan kiri la yang aku guna lebih masa sikit! contohnya macam masak,gosok baju, gosok gigi, potong sayur, angkat tangan, bla,bla,bla.. tapi kalau menulis aku jarang guna tangan kanan, so tulisan aku macam budak baru pandai menulis la kalau aku guna belah kanan. haha.. tapi ada satu benda je yang aku kena buat guna tangan kanan, takleh tangan kiri.. iaitu menjahit! haiyaaa... ini menjahit guna machine taw, kalau jahit guna tangan dua2 tangan leh guna. and satu benda aku kena buat tangan kiri takleh guna tangan kanan iaitu basuh poo2! hehe.. bagus tak tangan2 aku, banyak berjasa dengan tuannya.. syukur Alhamdulillah!





bila kita ada kawan kidal mesti ramai yang assume budak kidal pandai math. betol ke? ermm... mengikot kajian aku la kan (haha.. dan2 je).. ramai gak kawan aku kidal yang terer math, tapi yang normal pon lagi ramai yang teror! haha.. ntah la.. bagi aku kalau teror tapi tak usaha, malas tengok buku, asyik nak update status kat fb setiap 2 mins pon takde guna nya gak! haha.. usaha sikit pon dah berbaloi daripada tak usaha langsung sebab rasa diri kidal and teror math (hatuih!)





btol ke tulisan orang kidal cantik? jujur aku cakap... tak cantik pon tulisan aku! haha.. tapi mak aku cakap tulisan aku cantik.. yang tu aku tak tahu la mak aku jujur ke tak.. haha.. tulisan kawan2 aku yang normal lagi cantik.. dah macam2 bentuk aku tengok tulisan diorang! ada yang bulat, yang empat segi, yang tajam2, yang macam nak tak nak kuar dakwat pen pon ada.. lantak pi la nak tulis camne pon janji paham.. kalo tulisan aku nak cakap cantik, cantik la gak sebab cikgu tadika aku cakap tulisan aku macam tulisan doktor. haha. nak2 kalau time nak jawab esei time exam bila nak hujung2 tanduk dah masanya, haaa bukan setakat doktor lagi dah. dah macam anak murid imam shafei dah aku rasa. sampai tumpah2 dakwat punya la laju menulis, dah macam boleh tulis guna tangan sebab banyak sangat dakwat pen tumpah.. haha..


credit to: vivyanrinusin.blogspot.com



ok la, aku dah penat berceloteh! time puasa2 macam ni tak elok cakap banyak. kurus pahala puasa nanti. haha..

p/s: Dalam dunia ni byk gak org bijak pandai, pemimpin negara, tokoh terkenal yang adalah kidal belaka contohnya saidina umar, bill gate, alexander the great, oprah, albert einstein, obama.

aku cerita, kita amek iktibar okei ;)

Friday, August 12, 2011

Anniversary yang ke-28

salam jumaat peeps ;)

hari ni hari ke 12 kita berpuasa, jumaat yang kedua dalam bulan ramadhan dan jugak merupakan hari lahir my big bro, Saiful Islam Ismail yang ke "18" dan jugak lagi sekali merupakan ulangtahun perkahwinan my parent, Tuan Haji Ismail Mohd Amin with Che Norlia Abdul Rahman yang ke 28! Subhanallah. (baca dengan sekali nafas)



pergghh! cepat btol masa berlalu.. pejam celek, pejam celek laa dah 28 tahun mak ayah aku berkahwin.. dulu perkahwinan yang ke 8 baru ada 5 orang anak.. pastu perkahwinan yang ke 18 pulak tambah lagi 4 orang anak.. sekarang perkahwinan yang ke 28 takde anak dah yang bertambah tapi cucu pulak sekali gedebuk 3 orang.. haha.. banyak asam garam yang dilalui, nak2 time dah nak monopaus ni kan! mak kuat terasa hati, ayah pulak yang pujuk dalam diam.. tu la kita perlu cari laki yang penyabar ye untuk kekal lama.. Subhanallah. sangat kagum dengan mereka!


apa ingat senang ke nak hidup lama dengan pasangan masing2? nak2 zaman globalisasi teknology sekarang ni, dah jadi trend dah tunang, putus, saman malu RM1juta! boleh jadi kaya eden kalo gitu la lagunya.. apa taknya, jadi tunang orang ni banyak dugaan.. time nak tunang la tiba2 pulak crush2 yang dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, university datang mencari kamu balik.. haa dugaan bukan itu? pastu dah jadi tunang orang mula la pempuan2 kena pupuk ciri2 wanita berkelayakkan! ingat senang ke nak jadi bakal isteri orang ni ha? kena pandai masak, kemas rumah, basuh toilet, sahur kena bangun masak gak.. pastu bukan tu je, bila jadi tunangan orang mula la yang laki warning, "jangan cite psl mana2 laki pon dengan i!".. si pempuan pon sama gak jelousnya, "u cakap pasal pempuan, kita putus!".. see banyak tak dugaan nya? kalo takde dugaan, takdenya Ally Iskandar and Apex putus tunang! haha..

ni baru cakap pasal tunang, belom lagi cakap pasal kahwin, ada anak, nak kawen kan anak, ada cucu... haishh dugaan2!! dah aku malas nak cite panjang2, aku nak gi solat subuh lu!


Aku cerita, kita amek iktibar sama2 yek! ;)

p/s: moga mak saya menjadi permaisuri untuk ayah saya di syurga nanti. and to my bro, moga kenduri kawen kita bukan pada tarukh, tempat dan masa yang sama. amin!

p/s/s: ermm.. nak masak apa ek special for this day?

Sunday, August 7, 2011

Dia Boleh Berubah Wajah ;p

salam Ramadhan kawan2!

ada nampak perbezaan tak kat blog saya?
haha...
nonsence!

ok nak cepat! banyak lagi benda tak settle ni..
nanti free i will update many good news in here

before that,
saya still guna url lama: nasihatketenangan.blogspot.com

sori atas segala "inconvenience"

gtg ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...