Wednesday, November 24, 2010

.: Hari Raya Haji di Mekah :.

agak-agak sempat lagi tak nak wish hari raya haji? hehe... lambat betol updatekan!

tapi tahun ni ada sedikit masalah dengan tarikh raya kan?

ish3... Malaysia raya lambat dari negara lain. macam mana tu? sah ke raya kita tahun ni?
hoho! banyak lak tanya..

tahun ni malaysia raya jatuh pada hari rabu, sedangkan negara lain macam brunei, indonesia, singapore dan negara islam lain dah raya pada hari isnin sebab hari ahad lagi orang dah wukuf di arafah. hayok! sekarang dah timbul kekeliruan. oleh sebab itu, majlis agama islam pon keluar la kenyataan yang kita raya ikut anak bulan or kaedah hisab ataupon rukyah.tu la kita lambat raya. certain country pulak ikut kaedah perbuatan iaitu dengan melihat bila orang dah selesai wukuf sebab dengan terbenamnya matahari pada 9 zulhijjah pada masa tu orang yang buat haji akan ke muzhalifah untuk melontar di mina, time tu dah jelas kita dah beraya la kan. tapi bagi saya la kan kenapa malaysia tak ikut je macam negara lain. kalau dengan alasan waktu yang menyebabkan kita kena guna kaedah rukyah or hisab, saya rasa tak ada la beza sangat waktu malaysia dengan tanah suci sampai 2 hari kot gap nya. tapi tak salah pon guna kaedah mana2 pon, kita kena yakin jela dengan ibadah yang kita dah buat. moga Allah menerimanya. yang penting umat islam bersepadu! hoho.. hopefully after this malaysia dont do like this again. masyarakat akan kurang percaya dengan kerajaan lagi.



ok2! enough2... itu bermakna ilmu sangat penting..
bila kita ada ilmu, no more keraguan yg ada pada diri kita...
betol x?


tahun lepas my parent beraya kat mekah!
perghhh... seronoknya..
bila la saya dapat pegi kan....
mak saya cakap,
"mak nak anak2 mak pegi buat haji dengan spouse masing2..
umrah je boleh pegi dengan mak n abah ye!"..
huaaaa... mengapakah???
sebab... bila gi ramai2 nanti tak khusyuk nak buat ibadah...
kalo g ramai2 pastu pandai jaga diri xpe gak kan..
ni sikit2 nak gi toilet! (ok.. itu satu keperlian utk saya.. dush2!!)



jom layan gambar kat mekah.. tengok gambar2 ni rasa sangat teringin nak pergi!!



tengok la berapa ramainya orang yang tengah tawaf..
subhanallah!
korang pernah tak terfikir kenapa askar2 amerika sangat takot dengan budak kecik palestin yg hanya mampu membaling batu je kat diorang?
sebab diorang tahu sebutir batu kecik yang dibaling, kesakitannya ibarat lebih dari tenaga nuklear yg diorang cipta. hoho! betapa besarnya kuasa Allah sampai macam tu takot orang kafir kat orang islam kan... tapi tu la tak ramai remaja islam yang ambil tahu :(
*gambar ni diambil dari tingkat 3 masjidilharam


ni tong air zam2.. tong air zam2 ni ada yang sejuk ada yang x..
haha.. ini la tempat yang saya suka sebab air dia best..
air zam2 yang rasa kat malaysia x sama dengan air zam2 yang baru cedok dari periginya..

saya ada 1 cerita yang nak share pasal air zam2 ni :)

Alhamdulillah saya pernah berpeluang untuk buat umrah masa tingkatan dua
kita pendek kan cerita ok...
masa tu kat masjid nabawi, waktu giliran perempuan untuk masuk ke raudatul jannah..
raudatul jannah tu tempat makam rasulullah.
for the first time saya tengok makam rasulullah, saya tiba2 rasa sedih..
tapi saya cuba tahan dari menangis sebab terlalu ramai sangat orang kat situ nanti ganggu pulak orang yang nak buat ibadah..
lepas dah baca doa kat makam nabi n sampaikan salam dari kawan2..
saya pon undur ke belakang untuk buat solat sunat..
time sujud terakhir air mata saya mengalir macam hujan!
tapi sampai sekarang saya tak boleh ungkapkan dengan kata2 kenapa saya bersedih..
cuma satu je, perkataan yang terlintas dalam hati saya masa pertama kali pandang makam rasulullah, "Ya Allah rasullullah dah tak ada. siapa lagi yang boleh bimbing kita?"
itu yang membuat saya takot dan sedih...
air mata saya mengalir macam hujan lebat! time tu saya risau gila.. kenapa teruk sangat air mata ni keluar.. lepas dah abis solat saya duduk kat satu sudut untuk baca yasin dengan harapan hati makin tenang n air mata saya berhenti.. tapi habis je baca yasin air mata still tak berhenti lagi! mak saya and rombongan lain dah heran kenapa teruk sangat saya menangis sampai hingus meleleh, dada tercungap2.. Hehe.. then mak pon ajak keluar dari raudatul jannah and bertembung dengan ayah saya. ayah mintak mak biarkan saya sorang2 untuk tenangkan diri. so tinggal la saya sorang2 dalam masjid nabawi tu. saya pon pegi kat tong zam2 then basuh muka sambil doa moga Allah tenangkan saya..
lepas tu subhanallah air mata saya terus berhenti, hingus kurang n dada dah tak sakit sebab nangis.. sangat2 menakjubkan, cepat sangat termakbul doa dengan air zam2. so siapa yang minum air zam2 tu mintak la doa moga Allah bersihkan hati kita yang makin berkarat ni.


ini lah dia masjid nabawi..
yang kubah hijau tu lah tanda tempat makam rasulullah :)


ini di ladang kurma Saidina Ali yang punya..
hehe



ni pulak kilang al-quran..
nampak tak berapa banyaknya al-quran yang diorang proses..
siapa yang datang sini akan dapat free satu al-quran..
my father pernah dapat free al-quran besar..
sangat besar! besar meja makan untuk 4 orang.. Tapi kilang ni orang laki je boleh masuk, orang pempuan sila tunggu diluar ye :)
hehe



ini pulak kat bukit magnet!
hehe.. masyaAllah.. sangat menakjubkan..
kereta yang lalu kat bukit magnet ni semua jalan sendiri..
korang xpayah susah2 nak tekan minyak..
cuma lambat sikit la dia bergerak!
hehe... seronok kan!
ini time tunggu bas untuk ke arafah..
time ni mak cakap tunggu bas punya la lama...
dari lepas asar sampai la isyak baru ada bas..
perrrgghh!
yg pakai cermin mata hitam tu adik nik aziz..
eh ke abang nik aziz? haha
ntah la.. tapi adik beradik nik aziz la!
hayoyo~ makin menjadi2 lak pelupanya :P
yang berkemah kat lereng2 bukit ni biasanya foreigner dari afrika..
diorang kan mana ada agen macam tabung haji..
so kalau nak buat haji kena la pandai2 sendiri..
sampai ada yang datang dengan naik basikal je tau! 9 bulan kot naik basikal untuk sampai ke mekah untuk buat haji.. tengok lah betapa hebatnya iman diorang.. tak pernah merunggut..
tapi kita macam mana lak? huhu...



ok la setakat sini je la kita share gambar..
macam mana teruja tak nak pergi mekah?
ambil lah peluang yang ada untuk pegi sana..
banyak benda yang menarik lagi..
pakej kot kalau pegi mekah.. boleh buat ibadah sekali dengan melancong!
hehe.. kira 2 in 1!
yang penting niat ok!

last word: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
MAAF ZAHIR BATIN YE :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...