Friday, August 12, 2011

Anniversary yang ke-28

salam jumaat peeps ;)

hari ni hari ke 12 kita berpuasa, jumaat yang kedua dalam bulan ramadhan dan jugak merupakan hari lahir my big bro, Saiful Islam Ismail yang ke "18" dan jugak lagi sekali merupakan ulangtahun perkahwinan my parent, Tuan Haji Ismail Mohd Amin with Che Norlia Abdul Rahman yang ke 28! Subhanallah. (baca dengan sekali nafas)



pergghh! cepat btol masa berlalu.. pejam celek, pejam celek laa dah 28 tahun mak ayah aku berkahwin.. dulu perkahwinan yang ke 8 baru ada 5 orang anak.. pastu perkahwinan yang ke 18 pulak tambah lagi 4 orang anak.. sekarang perkahwinan yang ke 28 takde anak dah yang bertambah tapi cucu pulak sekali gedebuk 3 orang.. haha.. banyak asam garam yang dilalui, nak2 time dah nak monopaus ni kan! mak kuat terasa hati, ayah pulak yang pujuk dalam diam.. tu la kita perlu cari laki yang penyabar ye untuk kekal lama.. Subhanallah. sangat kagum dengan mereka!


apa ingat senang ke nak hidup lama dengan pasangan masing2? nak2 zaman globalisasi teknology sekarang ni, dah jadi trend dah tunang, putus, saman malu RM1juta! boleh jadi kaya eden kalo gitu la lagunya.. apa taknya, jadi tunang orang ni banyak dugaan.. time nak tunang la tiba2 pulak crush2 yang dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, university datang mencari kamu balik.. haa dugaan bukan itu? pastu dah jadi tunang orang mula la pempuan2 kena pupuk ciri2 wanita berkelayakkan! ingat senang ke nak jadi bakal isteri orang ni ha? kena pandai masak, kemas rumah, basuh toilet, sahur kena bangun masak gak.. pastu bukan tu je, bila jadi tunangan orang mula la yang laki warning, "jangan cite psl mana2 laki pon dengan i!".. si pempuan pon sama gak jelousnya, "u cakap pasal pempuan, kita putus!".. see banyak tak dugaan nya? kalo takde dugaan, takdenya Ally Iskandar and Apex putus tunang! haha..

ni baru cakap pasal tunang, belom lagi cakap pasal kahwin, ada anak, nak kawen kan anak, ada cucu... haishh dugaan2!! dah aku malas nak cite panjang2, aku nak gi solat subuh lu!


Aku cerita, kita amek iktibar sama2 yek! ;)

p/s: moga mak saya menjadi permaisuri untuk ayah saya di syurga nanti. and to my bro, moga kenduri kawen kita bukan pada tarukh, tempat dan masa yang sama. amin!

p/s/s: ermm.. nak masak apa ek special for this day?

2 comments:

  1. hahahaha..
    sorry.Wa terketawa sebelum bagi salam.
    Assalamualaikum.
    Lawaklah lu seha.
    Tapi dapat 1 juta untuk putus tunang,wa macam tak rela je.Duit bukan segalanya.

    p/s: sweet mak ayah lu.Buat contoh.wa pun nak cucu gedebuk macam diorang. =P

    ReplyDelete
  2. haha.. waalaikumussalam! pergghh! tak sangka gua.. lu nmpak je luaran ganas, rupa2nya dalam hati ada bunga matahari.. haha.. btoi2! duit bukan segalanya, sbb kasih sayang tak boleh dibeli belah.. haha (bermadah lak ai!).. satu soklan cepu mas.. bila nak pos aku kad kawen ko? HAHA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...