Sunday, August 14, 2011

Hari Kidal Sedunia ;)

ini tak boleh jadi! tak boleh jadi!

aku terlambat satu hari nak sambut HARI KIDAL SEDUNIA!

alaaaa......

tu la semalam busy dengan shopping padan muka [i_i]

pape pon, aku nak meraikan gak


13 OGOS HARI KIDAL SEDUNIA..

haha..


owh kidal.. susah kot nak jadi kidal! dalam family aku, aku sorang je kidal.. aku pernah gak nak try didik adik aku jadi kidal tapi cikgu tadika dia tak bagi! hancur harapan nak ada member kidal dalam family ;(





tapi time aku kat matrik dulu, kelas aku dalam 5 orang kot kidal! kalau tulis kt white board memang kekok la.. aku ingat lagi time kelas math dulu, beriya gila aku ketawa kat kawan aku yang kidal sebab tulis kat white board macam nak pusing board tu 180 darjah je, siap dengan kepala2 sekali lintok! aduyai... malangnya, sekali aku pulak yang kena wat jalan kira kat board. kali ni diorang bukan je ketawakan aku sebab aku tulis macam nak pusing board tu 180 darjah tapi diorang turut ketawa sebab aku tulis paras2 perut diorang je. madam aku nak tengok jawapan aku pon terpaksa tunduk.. haha..




ada sesetengah orang kidal ni dia guna tangan kiri je wat sume keje. tapi aku bukan kategori tu. aku buat keje boleh guna dua2 belah tangan. bila aku rasa penat tangan kiri, aku guna tangan kanan. tapi biasanya tangan kiri la yang aku guna lebih masa sikit! contohnya macam masak,gosok baju, gosok gigi, potong sayur, angkat tangan, bla,bla,bla.. tapi kalau menulis aku jarang guna tangan kanan, so tulisan aku macam budak baru pandai menulis la kalau aku guna belah kanan. haha.. tapi ada satu benda je yang aku kena buat guna tangan kanan, takleh tangan kiri.. iaitu menjahit! haiyaaa... ini menjahit guna machine taw, kalau jahit guna tangan dua2 tangan leh guna. and satu benda aku kena buat tangan kiri takleh guna tangan kanan iaitu basuh poo2! hehe.. bagus tak tangan2 aku, banyak berjasa dengan tuannya.. syukur Alhamdulillah!





bila kita ada kawan kidal mesti ramai yang assume budak kidal pandai math. betol ke? ermm... mengikot kajian aku la kan (haha.. dan2 je).. ramai gak kawan aku kidal yang terer math, tapi yang normal pon lagi ramai yang teror! haha.. ntah la.. bagi aku kalau teror tapi tak usaha, malas tengok buku, asyik nak update status kat fb setiap 2 mins pon takde guna nya gak! haha.. usaha sikit pon dah berbaloi daripada tak usaha langsung sebab rasa diri kidal and teror math (hatuih!)





btol ke tulisan orang kidal cantik? jujur aku cakap... tak cantik pon tulisan aku! haha.. tapi mak aku cakap tulisan aku cantik.. yang tu aku tak tahu la mak aku jujur ke tak.. haha.. tulisan kawan2 aku yang normal lagi cantik.. dah macam2 bentuk aku tengok tulisan diorang! ada yang bulat, yang empat segi, yang tajam2, yang macam nak tak nak kuar dakwat pen pon ada.. lantak pi la nak tulis camne pon janji paham.. kalo tulisan aku nak cakap cantik, cantik la gak sebab cikgu tadika aku cakap tulisan aku macam tulisan doktor. haha. nak2 kalau time nak jawab esei time exam bila nak hujung2 tanduk dah masanya, haaa bukan setakat doktor lagi dah. dah macam anak murid imam shafei dah aku rasa. sampai tumpah2 dakwat punya la laju menulis, dah macam boleh tulis guna tangan sebab banyak sangat dakwat pen tumpah.. haha..


credit to: vivyanrinusin.blogspot.com



ok la, aku dah penat berceloteh! time puasa2 macam ni tak elok cakap banyak. kurus pahala puasa nanti. haha..

p/s: Dalam dunia ni byk gak org bijak pandai, pemimpin negara, tokoh terkenal yang adalah kidal belaka contohnya saidina umar, bill gate, alexander the great, oprah, albert einstein, obama.

aku cerita, kita amek iktibar okei ;)

4 comments:

  1. kau pon kidal gak! haha.. ingat aku lupa ke tangan kecik montok2 tu? HAHA ;P

    ReplyDelete
  2. Seha, kalau kita cakap jgn percaya pulak.kita baca fakta kat mastika orang kidal umur pendek.

    Itu dikira Khurafat tak?
    kajian barat.

    ReplyDelete
  3. huh! yeke fatin? hoho.. tp ajal pertemuan sume ditangan Allah.. tak baik percaya benda2 mcm ni ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...