Sunday, January 22, 2012

INTERN + SHIP ;)


HELLO2..*echo..

dah lama meninggalkan blog ni..
hehe..cian dia..

sori la blog, tuan kamu ni busy memanjang je..
sekarang pon tuan kamu tengah busy dengan praktikal.
complicatednya hidup.
boleh tak saya nak jadi baby balik?

pape pon,thanx tu kawan2 yang dah bising tanya blog ko hidup tak?
blog aku dah nyawa2 ikan ni.. haha..
yela macam takde orang je nak baca blog ni..
tapi bila tak update ada pulak yg bising..
*thanx being my silent reader babe! haru.... haha

sekarang tengah menunggu result final ni yang maybe akan keluar 31/1 ni.
excited pulak nak menunggu ye *sambil garu kepala.
sementara menunggu tu aku amek kesempatan untuk praktikal jap..
hehe.. seronok gak memenuhi masa lapangkan selama 6 bulan ni.
praktikal kt sebuah company biasa2 je, tak famous pon.
disebabkan aku ni amek account kat tempat belajar, jadi praktikal aku pon kena la ada kait2 dengan akaun gak. jadi aku terpilih utk praktikal sebagai audit. tapi aku pon tak tahu apa yg aku tengah audit. haha. maybe baru seminggu belajar kot.

hari fisrt praktikal aku ada briefing dengan HR. tapi kejap je.
hari kedua pulak ada briefing safety.
hari ketiga baru start belajar.
benda first aku diajar adalah computerized system. pedih otak nak memahami penggunaan SAP.
dalam benda ni la segala transaction akan direcord. so kalo kita nak tahu flow document, invoice, autopay, account, transaction, banking, semua kejadah tu.. kita kena expert dulu benda tu. seminggu study benda tu masih tak paham. tapi supervisor aku cakap nanti 6 bulan bole la expert. seronok gak try key in data guna SAP. haha.
lepas tu aku kena study pasal limit of authority. benda ni best sikit la dari computerized system tu. aku nampak la apa yg aku kena buat. ni ala2 protocol la. apa yg patut kita buat if nak approve bajet rm10juta contohnya. limit of authority ni semua orang kena tahu termasuk la banker, auditor, accountant, ceo, manager and blah2...
seronok jugak la keje kat sini.. unsur2 islamic tu ada. and bole masuk dengan culture saya. i like!
pegi keje pukul 7, balik keje pon pukul 7.
takleh balik malam2 sebab tak boleh nak claim OT. haha
pukul 9 mlm dah tido ;p
buku log pon dah start menulis, report praktikal pon dah start buat.
may everything gonna be ok :)

*if nak tengok gambar2 praktikal sila la ke twitter saya *bajet hot! haha

*ibarat buku yang dibaca tanpa ada penerangnya. kadang2 maksud yang kita faham maybe sama, tapi kadang2 maksud yang kita faham maybe lari dari maksud buku yg ingin disampaikan. its same goes to our words. apa yg kita nak sampaikan kadang2 tak sama dengan apa yang orang lain faham ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...