Friday, August 20, 2010

PUASA OH PUASA..

lik lak lik lak! dah pon bulan puasa~
hoho! seperti tahun-tahun lepas, puasa tahun ni kena puasa sorang-sorang tanpa family lagi. huhu. biasalah hidup diperantauan jauh dengan family. jalan kaki balik rumah pon tak sampai! haha. kononnya~

dah2! bukan yang tu saya nak ceritakan. sebenarnya nak bagitau puasa tahun ni saya ada tanam satu azam.

AZAM? norhafizah mohd azam ke? TAK2!! ni bukan azam nama orang la, ni azam yang orang puteh sebut determination tu ha. faham?

tapi apa azam saya? nak cuba tambah tinggi lagi 1 inchi ke? hoho TIDAK2! thats really complicated ma. kita azam benda yang senang sudey~

BEFORE FASTING:

" puasa tahun ni saya azam nak belanja rm5 sehari je!", NSI cakap sambil kembang dada.

" mana leh! awk kan suka makan kambing! half kilo kambing dah rm25. mana nak cakau lagi rm20 tu ha?", RSARA dah start membebel.

xpe2, saya memang suka dengar kawan saya membebel. even dalam hati dah kutuk habis-habis tapi kat luar still maintain dengan senyuman. tenang aje. ngeee. ok! dipendekkan cerita~

" jom! kita sahut cabaran si minah pendek tu weh! rm5 sehari di bulan ramadhan!! whoaaaa~", kata AJ yang begitu semangat nak mampos.

PUASA PERTAMA DI BAZAR:

biasalah hari pertama puasa kurang sikit nafsu nak makan kan. sampai 3 kali round bazar tu still x beli2 lagi. hoho. time tu pulak jalan dengan si AJ, tiba2 nampak nasi beriani, apa lagi AJ berlari sekuat hati ke kedai nasi beriani tu! dia memang gila dengan beriani2 ni al-maklum anak jati kedah~ tapi.. saya beli apa? haha.. bila dah start beli makanan memang dah x ingat dunia dah la kan.

NASI BERIANI RM4.50

MURTABAK RM2.00

AIR SOYA CINCAU RM1.50

TOTAL RM8.00

WHAT? abis la duit kalau macam ni. otw balik ke hostel memang kena perli habis2 la kan dengan kawan2. pastu diorang bagi idea lak suruh cover duit untuk esok. so disebabkan dah belanja rm8 ari ni, esok saya kena belanja rm2 je! hoho. tu la bila berkawan dengan budak berkepala akaun! dah la saya sorang je yang belanja lebih. kawan2 yang lain sume belanja under rm5 je. huhu. xpe2 yang penting kita x cepat putus asa kan. azam tetap azam. kita tengok esoknya macam mana~

PUASA KEDUA:

seperti biasa pegi bazar dengan AJ. saya beli:

NASI KERABU RM3.70

KUIH RM1.00

AIR RM1.50

TOTAL RM5.20

WHAT?? melampau betol! kata nak belanja rm2. ni lebih rm3.20 ni pe hal? hadoii. oleh sebab ter"implicit" lagi, so esoknya patut kena belanja rm1.80 je. seperti biasa la kita xleh cepat putus asa kan. kita tengok macam mana esok!

PUASA KETIGA:

kring kring!

"weyh jom makan maghdud ari ni jom!" AM yang mengandung setengah bulan calling lak.

saya jawab panggilan dengan tabah, " jum."

maghdud ni sejenis makanan arab. nasi + kambing. kat restoran kitorang pegi hari tu dia ikot kilo nasi dia. makan dalam dulang. 1kg rm50. tapi kitorang makan half kilo je maknanya rm25 melayang~

whoaaaaaaa! macam mana dengan azam saya x tunai2 lagi ni?? susah2~

PUASA KEEMPAT:

kali ni dapat makan free sebab kak zu atau panggilan manjanya mak tiri belanja char keuh teow! haha. ni bukan mak tiri betol2 k~

so saya belanja:

KUIH RM1.00

AIR RM1.50

TOTAL RM2.50

WAH! akhirnya puasa ke4 berjaya gak sahut cabaran. haha. tu pon sebab kak zu yang belanja. kalau beliau x belanja xde nya nak berjaya sahut cabaran ni~ haha. boleh ke saya tunai azam saya tu tanpa bantuan orang lain? huhu

PUASA KELIMA:

kali ni memang kena gak tunai azam saya tu! kawan2 saya yang lain dah 5 hari dah tunai azam tapi saya 1 hari pon x tunai dengan sempurna. MALU2!

so saya belanja:

KUEH TEOW GORENG RM2.50

AIR RM1.50

TOTAL RM4.00

ALHAMDULILLAH! setelah lama saya bercita2 untuk belanja kurang dari rm5. akhirnya tertunai jugak. terharu dengan diri sendiri! haha.. tapi sejauh mana boleh kekal ni? haha

tu la dia ragam bila hidup jauh dari family. susah betol nak kawal nafsu and control belanja kan. tiba2 teringat hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Baginda juga pernah bersabda yang bermaksud: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ” Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".
jihad kita macam mana pulak? besar ke kecik? errr (^_^)Y

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...