Wednesday, August 25, 2010

Wanita bermacam "nanah"

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
(huhu.. lepas ni tolong kurangkan mengomen ye cik nasihah!)

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
(ish2.. sifat ni yg takut ni.. riak dan bangga diri.. moga2 kita dijauhi oleh sifat ni.. didik diri supaya sentiasa humble ye cik nasihah even kamu mmg dah "rendah" dah pon.. huhu.. xpe2 kita teruskan "rendah" lagi!)

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
(hoho.. memang berlambak dah wanita macam ni.. huhu.. scary2.. Ya Allah, jadikanlah saya wanita yg setia dan sentiasa bersyukur.. Sesungguhnya kepada Kau lah aku berlindung.. Amin!)

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.
(Astagfirullah! xde suami pon memang dah perangai macam ni.. huhu.. cuma bezanya suka beli guna duit sendiri je.. x suka harapkan orang lain.. nanti x terbeli lak! haha.. tapi ni pon kena berubah gak ye cik nasihah! sila kawal nafsu anda.. wagagaga! INGAT PESAN ABAH!)


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama: wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
(huhu.. setakat ni simple is better kot.. tapi x tahu la in de future bila dah bekerjaya nanti maybe akan berubah personality kan.. huhu.. sila sentiasa beringat ye cik nasihah, jangan hiasi diri anda terlalu extraordinary! bersederhanalah.. ingat! wanita senang masuk syurga, dan senang juga masuk neraka disebabkan benda diatas.. huhu)

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
(HOHOHO! ni memang terkena batang idung ni.. huhu.. nak2 time x puasa.. lagi la non-stop pok pek pok pek.. huhu.. tapi mujur bising2 pon keje still siap.. hehe.. ok! kurangkan bercakap dan buat bising lepas ni NASIHAH!!)

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Ya Allah, rupanya banyak lagi yang perlu saya berubah.. huhu.. tiba2 rindu lak nasihah time sekolah dulu.. Huh! kali ni memang perlu berubah! masih sempat lagi untuk didik diri ni terutama still dalam bulan ramadhan untuk menjadi nasihah yang dulu.. Moga Allah terima segala amalan dan ibadah ku..

"Ya Allah, jauhkanlah kami daripada golongan wanita sebegini... Amin"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...